Minat mendalam dalam seni pertukangan tradisional mendorong seorang tukang rumah di Kampung Beris Alur Pisang, Kuala Besut menghasilkan replika bot nelayan mini dengan ketelitian luar biasa meskipun tanpa sebarang lakaran, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Engku Abbas Engku Ngah, 59, atau lebih dikenali sebagai 'Pok Ku' mula mendalami kemahiran itu ketika berusia 20 tahun selepas melihat sendiri proses pembinaan bot di pantai Kampung Air Tawar di Jerteh, tempat beliau dibesarkan.
00:00Minat mendalam dalam seni pertukangan tradisional mendorong seorang tukang rumah di Kampung Beres Alur Pisang, Kuala Besut, Terengganu, menghasilkan replika bot nelayan mini dengan ketelitian luar biasa meskipun tanpa sebarang lakaran.
00:17Engku Abbas Engkungah, 59 tahun atau lebih dikenali sebagai Pokku, mula mendalami kemahiran itu ketika berusia 20 tahun selepas melihat sendiri proses pembinaan bot di Pantai Kampung Aitawar di Jertih, tempat beliau dibesarkan.
00:35Menurutnya, sebelum 2017, dia hanya menyiapkan satu atau dua replika bot dalam tempoh setahun kerana ketika itu masih aktif turun ke laut.
00:45Menariknya, Engku Abbas tidak menggunakan sebarang pelan atau garisan asas, setiap bot dibuat terus mengikut imajinasi atau berdasarkan gambar lengkap yang dihantar pelanggan.
00:58Bagi mendapatkan ketepatan reka bentuk, beliau kerap membuat tinjauan proses pembuatan bot di JT Kuala Besut, Tok Bali dan Pulau Kambing.
01:15Umbaz nak pergi ke comel, ke comel, kecuali nak pergi ke pastor lagi.
01:21Kita buat ni, kita buat tak spore lah. Jadi, kita buat cara tukar sungguh.
01:25Buat bodi timbal lunah, dia panggil.
01:28Apa, dia naik kuih, dia naik lapang.
01:32Kita tak si, spore buat ni, dia buat kaji toko.
01:35Buat ngepebo, kita tak si, tak kreatif.
01:38Kita nak buat asli, nak buat original lah.
01:41Engku Abbas berkata, kerja-kerja pembuatan replika mengambil masa dua bulan bagi setiap unit, namun bagi model patak itik, memerlukan masa lebih panjang bergantung kepada kerumitan badan bot.
01:55Jelasnya, setiap kali menyiapkan sesebuah bot, beliau teruja dan bersemangat untuk menghasilkan reka bentuk yang lebih cantik dan berkualiti.
02:04Kata Engku Abbas, kebanyakan bot dihasilkan terutama struktur bot seperti lunas dan linggi menggunakan kayu meranti atau cenggal bagi memastikan ketahanan.
02:16Sebahagian komponen khas seperti kotak gia mini turut ditempah dari Indonesia bagi memastikan replika kelihatan realistik dan mempunyai jiwa seperti bot sebenar dan boleh digerakkan ketika berada di atas air.
Be the first to comment