Skip to playerSkip to main content
  • 2 months ago
Parti komponen Barisan Nasional (BN) diingatkan supaya tidak menyesal sekiranya meninggalkan gabungan itu, kerana parti terbabit tidak akan diterima kembali, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Transcript
00:00Parti komponen barisan nasional diingatkan supaya tidak menyesal sekiranya meninggalkan gabungan itu kerana parti terbabit tidak akan diterima kembali, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
00:14Walaupun tidak menyebut mana-mana parti secara khusus, namun kenyataan pengurusi BN itu dipercayai merujuk kepada MIC yang kini berdepan ketegangan hubungan dalam gabungan berkenaan.
00:23Menurut beliau, sejarah persahabatan dan kesetiaan lebih tujuh dekad dalam BN seharusnya dihargai dan tidak diketepikan hanya kerana wujud rasa tidak puas hati atau mabuk kuasa.
00:39Dengan perkembangan politik yang baru di negara kita, jangan pernah menyesal kalau mana-mana parti meninggalkan gabungan barisan nasional.
00:53Politik ini sangat dinamik.
01:03Politik ini adalah landscape yang berubah dan bertukar menikmati suasana.
01:11Jangan hanya kerana kemabukkan kuasa, kerana mengambil lebih minuman yang memabukkan.
01:28Maka keputusan dibuat tanpa mengira bahawa kita adalah kawan selama lebih daripada tujuh puluh tahun.
01:39Kestia kawanan itu penting.
01:47Dulu kamu juga yang tidak mahu untuk menegakkan kerajaan madani, kerajaan berpadau ini.
01:57Apabila kerajaan madani telah ada tiga tahun, baru mengatakan, kami dipinggirkan, kami dianaktirikan.
02:04Kamu dulu berasa, aku nak bentuk. Kamu yang tak nak.
02:08Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung Barisan Kemajuan India se-Malaysia, IPF Malaysia di Setia Ikuhil Semenih pada Ahad.
02:24Sementara itu, ketika sidang media, beliau menjelaskan setakat ini MIC tidak mengemukakan sebarang resolusi atau surat berhubung hasrat meninggalkan BN.
02:35Namun kata beliau, sekiranya MIC gagal membuat pendirian, keputusan akan ditentukan BN.
02:43Saya tidak nampak apa-apa resolusi ataupun surat dan tentunya kita tidak membuat sebarang keputusan.
02:54Tetapi kalau mereka tidak dapat membuat keputusan, kita akan buat keputusan.
Comments

Recommended