Skip to playerSkip to main content
  • 4 hours ago
Istiadat Konvokesyen Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS) baru-baru ini menyaksikan detik yang begitu menyentuh hati apabila Anugerah Kecemerlangan Khas (Anumerta) bagi Allahyarham Muhammad Akmal Harith Azman disampaikan kepada bapanya, Azman Sukiman, yang hadir bersama ibunya, Azianerdawati Kasimin.

Allahyarham, graduan Diploma Pengajian Islam Pengkhususan Dakwah dan Pengurusan, pernah menyuarakan impian untuk melanjutkan pengajian dalam bidang yang sama di USIM. Namun, ketentuan Ilahi telah mendahului segalanya.

Penganugerahan ini bukan sekadar penghargaan, tetapi juga simbol pengiktirafan terhadap dedikasi, usaha dan kecemerlangan Allahyarham sepanjang pengajian. Ia turut mengabadikan legasi beliau dalam sejarah UnIPSAS sebagai inspirasi kepada generasi akan datang.

Semoga roh arwah dicucuri rahmat, ditempatkan bersama orang-orang beriman dan terus menjadi sumber inspirasi kepada seluruh warga kampus untuk meneruskan kecemerlangan dengan penuh semangat dan dedikasi.

Sumber: Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah - Unipsas
Transcript
00:00Hari yang bersejarah ini, majlis turut diselubungi dengan rasa hibah.
00:07Perginya seorang graduan yang dahulunya penyeri suasana,
00:13ceria meneman rakan setia, tidak pernah menghampakan pendidik tercinta,
00:19dikasihi seisi ke warga penyujuk hati ayah bonda.
00:23Pada tanggal 5 Ogos 2025, dalam perjalanan mencari rezeki demi menambah wang saku
00:32untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi,
00:36malang tidak berbau, takdir Tuhan mengatasi segala.
00:41Sepatutnya dia ada bersama, namun Tuhan lebih menyayanginya.
00:47Ada tempat istimewa tersedia buatnya.
00:50Allahyarham Muhammad Akmal Harith bin Azman telah pulang ke negeri abadi.
00:59Majlis dengan penuh takzim menjemput Ayah Allahyarham Encik Azman bin Sugiman
01:07untuk menerima diploma pengajian Islam, pengkhususan dakwah dan pengurusan
01:13secara anumerta.
01:15Dibersilakan.
01:16Kami seluruh warga Unitsas
01:28mengucapkan takziah kepada keluarga
01:31atas kehilangan anak dia yang pasti tiada ganti.
01:36Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatiha
01:38kepada Allahyarham
01:39agar rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman
01:46dan beramal salih.
01:48Al-Fatiha
01:49Al-Fatiha
01:50Al-Fatiha
02:19Al-Fatiha
02:20Al-Fatiha
02:49Al-Fatiha
Be the first to comment
Add your comment

Recommended