Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Tragedi kebakaran di Butterworth meragut nyawa seorang wanita dan anak angkatnya, manakala seorang lelaki cedera. Rumah musnah hampir 85 peratus, operasi bomba tamat 11.21 pagi.
Transcript
00:00Seorang wanita dan anak angkatnya ditemukan rentung manakala seorang lelaki cedera dalam kebakaran di sebuah rumah di Lorong Nahoda 5, Taman Ratna Butterworth pada Khamis.
00:11Kejadian berlaku kira-kira jam 9.41 pagi dan memusnahkan hampir 85% rumah berkembar berkenaan.
00:17Pengarah Jabatan Bomber dan Penyelamat Malaysia JBBM Pulau Pinang, Muhammad Syoki Hamzah berkata, sebaik menerima panggilan kecemasan, pasukan dari Balai Bomber Butterworth digerakkan dengan bantuan BBP Penanti, Bandar Perda dan Kepala Batas.
00:33Seorang mangsa lelaki berusia lingkungan 20-an berjaya dibawa keluar dalam keadaan cedera berhampiran pintu dapur.
00:39Bagaimanapun, dua lagi mangsa dikenali sebagai Hayani Yaakob, 50 tahun dan anak angkatnya Andra berusia 4 hingga 6 tahun ditemukan rentung di ruang tamu berhampiran pintu keluar utama.
00:53Kebakaran berjaya dikawal pada 10.15 pagi sebelum dipadamkan sepenuhnya pada 11.21 pagi.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended