Skip to playerSkip to main content
  • 10 minutes ago
Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada Ahad mengisytiharkan perbicaraan secara tanpa kehadiran tertuduh terhadap editor Sarawak report, Clare Rewcastle-Brown, yang sebelum ini dijalankan oleh Mahkamah Majistret, sebagai perbicaraan tidak sah.
Transcript
00:00Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada ahad mengisytiharkan perbicaraan secara tanpa kehadiran tertuduh terhadap editor Sarawak Report, Claire Rukasel-Brown, yang sebelum ini dijalankan oleh Mahkamah Magistrate sebagai perbicaraan tidak sah.
00:15Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Seri Muhammad Razie Harun dalam penghakimannya berkata, dengan keputusan itu, sabitan dan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Magistrate sebelum ini dibatalkan.
00:24Hakim Muhammad Razie turut menjelaskan, disebabkan mahkamah ini telah mengisytiharkan perbicaraan tidak sah, maka perturuhan terhadap rayuan Ryukasel-Brown masih kekal dan prinsip jenayah sudah dibebaskan dahulu atau sudah dihukum dahulu tidak terpakai bagi pihak rayuan.
00:44Beliau menambah, melainkan pendakwa raya awam membuat keputusan sebaliknya dalam kuasanya, Mahkamah memerintahkan kes ini disebut semula dihadapan Magistrate Baharu dengan tujuan agar perbicaraan semula dijalankan terhadap perturuhan yang sama ke atas Ryukasel-Brown.
01:02Muhammad Razie turut memerintahkan Magistrate Perbicaraan semula memanggil semula saksi-saksi pendakwaan dan merakamkan keterangan mereka walaupun tanpa kehadiran tertuduh.
01:13Pendakwaan hari ini dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Aziza Abdullah, Muhammad Khairuddin Idris dan Nur Aisyah Muhammad, manakala Ryukasel-Brown yang tidak hadir diwakili Peguam Guok Ngeksong.
01:26Pada 7 Februari 2024, Ryukasel-Brown dijatuhkan hukuman penjara dua tahun secara tanpa kehadiran tertuduh oleh Mahkamah Magistrate Kuala Terengganu selepas didapati bersalah memfitnah Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahira di bawah Seksyen 500 Kanun Kesiksaan.
01:46Ryukasel-Brown kemudian mengembukakan notis rayuan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu bagi membatalkan sabitan dan hukuman tersebut.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended