Skip to playerSkip to main content
  • 1 hour ago
Jenazah mangsa kejadian kren runtuh di sebuah loji janakuasa pada Sabtu, Muhammad Amaluddin Hisamudin selamat dikebumikan di tanah perkuburan islam gelang patah pada 3.45 petang ahad.
Transcript
00:00Jenazah mangsa kejadian kren runtuh di sebuah loji jana kuasa pada Sabtu, Muhammad Amaluddin Hisamuddin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Gelang Patah pada jam 3.45 petang Ahad.
00:14Pengebumian Muhammad Amaluddin, 22 tahun, dihadiri ratusan ahli keluarga dan sahabat terdekat serta wakil syarikat Malakoff.
00:22Terdahulu, solat jenazah dilakukan di rumah keluarganya di Jalan Nusa Perintis di Johor selepas semua urusan di Unit Forensik Hospital Pontian selesai pada 2 petang.
00:35Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenden Hazrat Husin Mion Husin berkata, sesatan masih dijalankan dengan pihaknya sedang menunggu laporan pihak berkaitan.
00:45Sementara itu, jenazah seorang lagi mangsa, Muhammad Al-Farid Ahmad, 19 tahun, akan dikebumikan di Tanah Merah, Kelantan.
00:53Pada Sabtu, dua pekerja maut, manakala tiga lagi cedera selepas sebuah kren mengangkat arang batu runtuh di kawasan loji jana kuasa Tanjung Bin dekat Kukub Pontian.
01:04Mangsa yang cedera masih dirawat di Hospital Sultanah Aminah di Johor Bahru.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended