Korban banjir dan tanah runtuh di Sumatera meningkat kepada 1,003 orang, 218 masih hilang. BNPB turut rekodkan kerosakan 1,200 kemudahan awam termasuk sekolah, hospital, rumah ibadat dan jambatan.
00:00Baik jumlah korban akibat banjir dan tanah runtuh yang melanda tiga wilayah di Pulau Sumatera meningkat kepada lebih seribu orang dengan lebih 200 lagi masih hilang.
00:10Data terkini, Agensi Pengurusan Bencana Negara BNPB Indonesia juga merekodkan kerosakan sekitar 1,200 kemudahan awam termasuk 2,219 kemudahan kesihatan, 581 institusi pendidikan, 434 rumah ibadat, 290 bangunan pejabat dan 145 jambatan.
00:31Ketua Pusat Data dan Informasi BNPB, Abdul Muhari berkata, proses pengesahan data dan semakan silang dengan rekod sivil sedang dijalankan di peringkat subdaerah.
00:43Jelas beliau mangsa sedang disahkan berdasarkan nama dan alamat dan proses pengesahan masih berterusan di beberapa daerah.
00:51Pihak berkuasa juga melaksanakan pengubahsuaian cuaca secara berterusan di tiga wilayah bagi mengelakkan hujan lebat mengganggu operasi menyelamat dan penghantaran bantuan melalui udara.
01:03Sementara itu, Presiden Indonesia Prabowo Subianto ketika melawat kawasan bencana di Aceh pada Jumaat, menegaskan bahawa kerajaan terus berusaha memenuhi pelbagai keperluan asas masyarakat yang terjejas.
01:15Beliau berkata sokongan logistik dan bantuan kemanusiaan akan dipercepatkan bagi memastikan mangsa bencana dapat menerima bantuan yang diperlukan secepat mungkin.
Be the first to comment