Skip to playerSkip to main content
  • 59 minutes ago
Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Johor pada Ahad mengeluarkan notis larangan dan arahan penutupan lokasi runtuhan kren yang mengorbankan dua nyawa, sehingga siasatan selesai.
Transcript
00:00Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan JAKKP Johor pada ahad mengeluarkan notis larangan dan arahan penutupan lokasi runtuhan kren yang mengorbankan dua nyawa sehingga siasatan selesai.
00:13Insiden kemalangan maut membabitkan runtuhan struktur kren di sebuah fasiliti jana kuasa elektrik di Pontian kira-kira jam 12.10 tengah hari Sabtu.
00:22Berdasarkan maklumat awal, insiden membabitkan lima pekerja kontraktor yang menjalankan kerja penyelenggaraan di fasiliti berkenaan.
00:28Ketika aktiviti dijalankan, struktur kren runtuh dan mengakibatkan dua pekerja meninggal dunia manakala tiga pekerja lain cedera dan dibawa ke hospital untuk rawatan.
00:39Siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengenalpasti punca kemalangan.
00:44Sementara tindakan perundangan akan diambil ke atas pihak bertanggungjawab jika berlaku pelanggaran di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended