Skip to playerSkip to main content
  • 3 days ago
Tyler Robinson, tertuduh kes bunuh aktivis konservatif Charlie Kirk, hadir ke mahkamah di Utah. Peguam mohon larangan kamera, pendakwa tuntut hukuman mati.
Transcript
00:00Tyler Robinson tertuduh dalam kes pembunuhan aktivis konservatif Charlie Kirk membuat penampilan pertama secara fizikal di mahkamah pada Khamis.
00:10Proseding di hadapan hakim daerah Tony Graff bertukar kepada sesi tertutup sejurus proseding bermula bagi membincangkan perkara yang boleh didedahkan atau sebaliknya kepada umum.
00:20Peguam Robinson bersama Pejabat Sheriff Utah County memohon agar kamera diharamkan di mahkamah kerana bimbang liputan media boleh menjejaskan perbicaraan yang adil.
00:31Sebaliknya, Balu Kirk, Erika Kirk serta gabungan organisasi media nasional dan tempatan mendesak agar ketelusan dikekalkan termasuk meminta rakaman dan transkrip sesi tertutup pada Oktober didedahkan.
00:44Tertuduh didakwa melepaskan satu das tembakan dari atas bumbung yang mengenai Kirk, 31 tahun, ketika beliau berdebat dengan pelajar pada 10 September dalam acara Turning Point USA di Universiti Utah Valley.
00:59Robinson yang masih belum membuat pengakuan didakwa atas petuduhan pembunuhan terancang dan beberapa petuduhan lain.
01:06Pihak pendakwa raya memaklumkan mereka akan menuntut hukuman mati.
01:14Jangan lupa untuk menawsayang siapa memaklumkan orang tuku sekitaru perdagang dari dalam menghumanisasi maklum unicorn maklumat tightronya dalam namor five kewisah mawaman apul воз transkrip sesi tertutup kalian désolong bushan
Be the first to comment
Add your comment

Recommended