Skip to playerSkip to main content
  • 3 days ago
Bangladesh akan mengadakan Pilihan Raya Parlimen pada 12 Februari depan.
Transcript
00:00Seterusnya, Bangladesh akan mengadakan pilihan raya parlimen pada 12 Februari depan.
00:06Ia merupakan pilihan raya umum pertama sejak kebangkitan pelajar tahun lalu
00:10yang memaksa bekas Perdana Menteri Sheikh Hasinah melarikan diri ke India.
00:16Sejak itu, pentadbiran sementara yang diketuai penerima hadiah Nobel, Muhammad Yunus, mengambil alih pemerintahan.
00:23Bagaimanapun, beliau terus berdepan protes baru berhubung kelewatan pelaksanaan reformasi
00:28serta amaran pegulakan daripada parti Hasinah yang telah diharamkan daripada menyentai pilihan raya.
00:35Sambil menyebut mengenai ketegangan politik semasa, Presiden Muhammad Syahabudin yang dilantik Hasinah berkata
00:42beliau akan meletak jawatan selepas pilihan raya iaitu di pertengahan penggal.
00:47Katanya beliau berasa dihina oleh kerajaan sementara, pimpinan Muhammad Yunus.
00:53Penganalisis berkata pengundi memberi perhatian kepada usaha memulihkan demokrasi
00:58menghidupkan semula industri tekstil ekspor yang menjadi nadi ekonomi serta membaiki hubungan dengan India.
01:05Hampir 128 juta pengundi layak mengundi di lebih 42,000 pusat mengundi bagi 300 kerusi parlimen.
01:14Pilihan raya itu akan dijalankan serentak dengan referendum mengenai pelaksanaan piagam Julai
01:19iaitu plan reformasi negara yang dirangka selepas gelombang kebangkitan pelajar tahun lalu.
01:24Piagam itu mencadangkan perubahan besar terhadap institusi negara
01:29termasuk menghadkan kuasa eksekutif, mengukuhkan kebebasan badan kehakiman dan pihak berkuasa pilihan raya
01:36serta mencegah salah guna agensi penguatkuasa.
01:39Muhammad Yunus menyambut baik pengumuman jadual pilihan raya dan referendum itu
01:44menyifatkannya sebagai detik penentu bagi masa depan Bangladesh.
01:48Terima kasih kerana menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended