Skip to playerSkip to main content
  • 3 days ago
Pesta Pulau Pinang 2025/2026 akan menjadi edisi terakhir dianjurkan di Tapak Pesta Pulau Pinang di Georgetown, sebelum direhatkan selama enam tahun bermula tahun depan.
Transcript
00:01Pesta Pulau Pinang 2025-2026 akan menjadi edisi terakhir dianjurkan di tapak Pesta Pulau Pinang di Georgetown sebelum direhatkan selama enam tahun bermula tahun depan.
00:13Ketua Menteri Chao Konyo berkata perkara itu bagi memberi laluan kepada pembinaan laluan transit aliran ringan LRT, laluan mutiara dan pembangunan berorientasikan transit TOD oleh MRT Corp di tapak berkenaan.
00:30Beliau berkata berdasarkan perkembangan terkini, MRT Corp hanya akan mengambil alih tapak pada April 2026. Ia membolehkan Pesta Pulau Pinang diteruskan untuk edisi ke-59.
00:41Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Pesta Pulau Pinang 2025-2026 di Dewan Terbuka Tapak Pesta Pulau Pinang pada Khamis.
00:50Perasmian disepunakan yang di Petua Negeri Turamlingah Talib dan turut dihadiri isterinya Toh Puan Raja Norak Syikin Raja Abdullah.
00:57Memandangkan edisi ke-59 ini merupakan edisi terakhir sebelum penangguhan selama enam tahun, Chao berkata Pesta Fun Walk julung kali telah diadakan pada 29 November sebagai simbolik sokongan masyarakat terhadap penganjuran Pesta tersebut selama ini.
01:12Chao berkata edisi kali ini berlangsung selama 36 hari bermula 6 Disember 2025 hingga 10 Januari 2026,
01:21mengetengahkan pelbagai produk jualan daripada usahawan perusahaan kecil dan sederhana PKS,
01:26agensi negeri di samping penyertaan unit penyelarasan pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri ICU Pulau Pinang,
01:32Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang, PERDA dan Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak, SEDC.
01:36Seiring peningkatan pelancong asing, tiket masuk khusus untuk bukan warga negara turut diperkenalkan tahun ini pada harga RM10 seorang,
01:46manakala harga tiket untuk warga negara kekal RM5 seorang dan orang kurang upaya OKU serta kanak-kanak di bawah 12 tahun tidak dikenakan bayaran.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended