Skip to playerSkip to main content
  • 1 hour ago
Kertas cadangan integrasi kerangka Sekolah Selamat 2.0 yang merangkumi 11 bahagian termasuk cadangan pindaan Akta Pendidikan 1996 dan penggubalan peraturan baharu, akan dikemukakan kepada Kementerian Pendidikan pada suku pertama tahun depan.
Transcript
00:00Baik, Kertas Cadangan Integrasi Kerangka Sekolah Selamat 2.0 yang merangkumi 11 bahagian termasuk cadangan pindaan Akta Pendidikan 1996 dan Penggubalan Peraturan Baru akan dikemukakan kepada Kementerian Pendidikan pada suku pertama tahun depan.
00:16Ketua Penyelidik Kertas Cadangan itu Prof. Madia Datuk Dr. Mona Ong Biu Siu berkata, antara teras utama yang dicadangkan ialah dasar kesejahteraan mental sekolah nasional.
00:26Menurutnya, dasar itu akan menjadi payung utama bagi memastikan program berkaitan keselamatan mental dan psikologi dapat dilaksanakan secara tersusun serta bersepadu.
00:41Selain itu, dapatan sesi dialog pada Sabtu menunjukkan guru merupakan titik sentuhan psikologi pertama bagi pelajar memandangkan kebanyakan mereka lebih selesa berkongsi masalah dengan guru kelas yang berinteraksi dengan mereka setiap hari berbanding guru kaunseling.
00:56Justeru, latihan psikologikal first aid PFA perlu diperkenalkan kepada semua guru, bukan sahaja kepada guru kaunseling, bagi membantu mereka memahami perubahan tingkah laku serta trauma yang dialami pelajar.
01:09Mona berkata, selain peranan guru, hubungan antara pelajar, ibu bapa dan sekolah juga perlu diperkukuh kerana rata-rata pelajar terlibat dalam forum itu enggan mengadu masalah dihadapi kepada ibu bapa.
01:22Sehubungan itu, beliau mencadangkan agar program literasi kesihatan mental untuk ibu bapa dilaksanakan melalui persatuan ibu bapa dan guru PIBG supaya ibu bapa mempunyai kefahaman asas mengenai aspek psikologi anak-anak.
01:36Mona berkata, kertas cadangan berkenaan turut mengesyorkan penubuhan satu mekanisme penyelarasan nasional yang menggabungkan sekolah, kementerian pendidikan, kementerian kesihatan serta penyedia perkhidmatan klinikal dan semua kementerian berkaitan untuk bekerjasama di bawah satu madlis untuk membantu pelajar secara menyeluruh.
01:54Terima kasih telah menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended