Skip to playerSkip to main content
  • 1 hour ago
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata keamanan dan kemakmuran negara hanya akan berkekalan jika disokong dasar yang adil kepada setiap rakyat, tanpa memberi ruang kepada kebencian dan sikap pelampau untuk berakar.
Transcript
00:00Keamanan dan kemakmuran negara hanya akan berkekalan jika disokong dasar yang adil kepada setiap rakyat tanpa memberi ruang kepada kebencian dan sikap pelampau untuk berakar.
00:11Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapannya pada Majlis Jamuanti Christmas bersama komuniti setempat di Petaling Jaya pada Sabtu menegaskan,
00:18disebalik segala perbezaan dan kerumitan, Malaysia kekal sebagai negara yang aman dan makmur.
00:23Menurutnya Malaysia hanya akan melangkah jauh jika semua berpengar teguh pada keadilan, isan dan prinsip kemanusiaan
00:34serta berani mengurus perbezaan secara adil dan bertanggungjawab.
00:40Terkait soal pendidikan, beliau menjelaskan pendekatan kerajaan bukan bersifat zero sum game.
00:47Selain itu tegas Perdana Menteri Bahasa Melayu perlu kekal sebagai teras nasional
00:52di samping keperluan menguasai bahasa Inggeris serta memberi ruang kepada bahasa lain
00:57termasuk pendidikan Cina dan sijil perbezaan bersepadu UEC atau bahasa Arab
01:03tanpa mencetuskan kegelisahan atau salah faham.
01:08Pada masa-masa beliau mengakui bimbang melihat kebejatan nilai dan moral dalam politik,
01:13masyarakat dan kepimpinan dunia hari ini.
01:16Kerana itu katanya agama dan kepercayaan tidak boleh terhenti sebagai slogan atau simbol.
01:23Sebaliknya mesti menjadi suara nurani yang berani menentang rasuah, ketidakadilan,
01:28pendasan dan sikap membiarkan kezaliman berlarutan.
01:32Peranan pemimpin agama dan badan keagamaan amat penting sebagai rakan dialog
01:37serta benteng nilai masyarakat.
01:40Pada majlis itu, kerajaan memperuntukkan RM200,000 kepada Persekutuan Kristian Malaysia
01:46bagi menyokong usaha memupuk kefahaman, keharmonian antara agama
01:51serta pengukuhan nilai moral dalam masyarakat berbilang kaum dan agama.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended