Skip to playerSkip to main content
  • 3 days ago
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, pada Rabu berkata beliau telah menjadualkan satu panggilan telefon pada Khamis dengan kepimpinan Thailand dan Kemboja berhubung konflik yang semakin memuncak antara kedua-dua negara Asia Tenggara itu.
Transcript
00:00Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Rabu berkata beliau telah menjadualkan satu panggilan telefon pada Khamis dengan kepimpinan Thailand dan Kemboja
00:08berhubung konflik yang semakin memuncak antara kedua-dua negara Asia Tenggara itu.
00:13Beliau menzahirkan keyakinan mampu untuk menghentikan kedua-dua negara itu daripada terus bertempur antara satu sama lain.
00:21Pada 8 Dizem berlalu tentera Thailand melancarkan serangan udara ke atas sasaran ketenteraan di Kemboja
00:26selepas mendakwa pasukan Kemboja telah menyerang mereka menyebabkan seorang tentera Thai terkorban dan beberapa lagi cedera.
00:33Kemboja pula menegaskan bahawa pihak Thailand yang mula menyerang dan mendakwa serangan itu telah membunuh beberapa orang awam
00:39serta menyerang kawasan perkampungan dan kuil berdekatan sempadan.
00:44Ketegangan ini berlaku kurang dua bulan selepas kedua negara menandatangani perjanjian damai Kuala Lumpur
00:49yang disaksikan pemimpin dunia termasuk Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim.
00:55PBB menekankan bahawa dialog dan mekanisme diplomatik sedia ada perlu digunakan segera
01:01bagi mengelakkan konflik daripada terus memuncak dan menjejaskan kestabilan serantau.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended