Skip to playerSkip to main content
  • 3 days ago
Mahkamah Persekutuan California mengarahkan penamatan penugasan Pengawal Persekutuan di Los Angeles selepas mendapati Trump melampaui kuasa mengambil alih kawalan pasukan negeri, sekali gus memberi tamparan baharu kepada pentadbirannya.
Transcript
00:00Seorang hakim persekutuan di California mengarahkan penugasan anggota pengawal persekutuan di Los Angeles ditamatkan.
00:07Mahkamah turut mengarahkan supaya kawalan pasukan berkenaan dikembalikan kepada Gubernur Negeri dari Parti Demokrat.
00:17Keputusan dibuat hakim daerah di San Francisco, Charles Breyer, yang selepas itu mendapati arahan penempatan pengawal persekutuan oleh Presiden Donald Trump adalah di luar bidang kuasanya.
00:27Perkembangan ini disifatkan satu tamparan buat Trump. Sebelum ini arahan untuk menempatkan pengawal persekutuan di bandar yang ditakbir Demokrat disifatkan tindakan luar kebiasaan.
00:37Hakim mendapati Trump melampaui kuasanya dengan mengambil alih kawalan unit pengawal persekutuan California dan menghantar mereka ke Los Angeles serta lokasi lain.
00:47Ini sebagai reaksi kepada protes terhadap pihak berkuasa imigresen persekutuan.
00:50Breyer berkata tiada bukti menyokong dawaan pentadbiran bahawa protes itu merupakan satu pemberontakan terhadap kerajaan yang secara sah membenarkan penghantaran tentera.
01:00Breyer turut menolak hujah pentadbiran bahawa mahkamah tidak mempunyai kuasa untuk menyimak keputusan Presiden mengambil alih kawalan unit pengawal persekutuan negeri ketika darurat,
01:09menyifatkannya sebagai tafsiran kuasa Presiden yang terlalu meluas.
01:12Keputusan itu dikeluarkan dalam saman difailkan oleh Gubernur California, Gavin Newsom, pengkritik lantang Trump yang meminta mahkamah menyekat arahan pentadbiran pada Ogos lalu
01:23yang mengambil alih kawalan persekutuan terhadap 300 anggota pengawal persekutuan California sehingga 2 Februari 2016.
01:31Unit pengawal persekutuan berada di bawah kawalan negeri tetapi boleh dipanggil berkhidmat untuk kerajaan persekutuan dalam keadaan tertentu.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended