Skip to playerSkip to main content
  • 4 hours ago
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Transcript
00:00Dua kanak-kanak perempuan yang dilaporkan hilang sejak semalam di Kampung Pasir Pandak Santubong, Sarawak
00:16ditemukan selamat selepas operasi mencari dan menyelamat
00:19dijalankan bersama pasukan keselamatan serta penduduk kampung.
00:25Seorang pembantu rumah warga tempatan nekat melarikan diri sebelum meminta bantuan jiran
00:29selepas dipercayai didera majikannya dalam kejadian di Rawang Sabtu lalu.
00:36Polis menahan seorang lelaki kerana mengugut jirannya dengan mengacu sepucuk pistol
00:40dalam pertengkaran di kawasan perumahan di Bandar Laguna, Merbuk di Sungai Petani Kedah.
00:47Polis menahan dua remaja bawah umur lelaki yang sebelum initulah di Bidah Sosial
00:52susulan aksi secara berbahaya mereka menunggang basikal lajak.
00:55Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim
01:00mendedahkan beliau sudah mempunyai senarai calon untuk rombakan kabinet.
01:0719 perkara tuntutan Sabah dan Sarawak seperti yang dipersetujui dalam perjanjian Malaysia 1963
01:12telah diselesaikan kata timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Farilah Yusof.
01:17Sekurang-kurangnya 25 orang maut selepas satu kebakaran berlaku di sebuah kelab malam
01:24di Goa, India awal pagi Ahad.
01:28Hujan lebat berterusan mengancam Pulau Sumatera yang teruk terjejas banjir
01:32dengan pihak berkuasa memberi amaran kebuluran
01:35berisiko meningkatkan jumlah kematian yang kini melebihi 900 orang.
01:39Filipina kini berdepan epidemik virus HIV yang meningkat paling cepat di rantau Asia Pasifik
01:46dengan purata 61 rakyat negara itu disahkan menghidap HIV setiap hari tahun ini.
01:55Penduduk Hong Kong keluar mengundi pada Ahad bagi memilih barisan ahli legislatif baharu
02:00di bawah peraturan baharu Beijing yang mengahadkan pencalonan kepada golongan Patriot sahaja.
02:09Terima kasih telah menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended