Skip to playerSkip to main content
  • 3 days ago
Penyasaran semula subsidi petrol RON95 merupakan salah satu inisiatif kerajaan untuk membantu meringankan beban rakyat selain meningkatkan kecekapan perbelanjaan dan agihan sumber kewangan negara.
Transcript
00:00Pelaksanaan penyasaran subsidi bukanlah langkah yang menambah hutang negara, sebaliknya merupakan strategi penting untuk mengurangkan liabiliti jangka panjang,
00:09menstabilkan kedudukan fiskal dan mengukuhkan keyakinan pelabur terhadap prospek ekonomi Malaysia.
00:14Kementerian Kewangan MOF berkata penjimatan melalui penyasaran subsidi ini akan dimanfaatkan untuk kesejahteraan rakyat dan pembiayaan pembangunan kemudahan pendidikan, kesihatan serta pengangkutan awam.
00:25Dalam jawapan kepada Dewan Rakyat, MOF berkata penyasaran semula subsidi petrol RON95 merupakan salah satu inisiatif kerajaan untuk membantu meringankan beban rakyat
00:36selain meningkatkan kecekapan perbelanjaan dan agihan sumber kewangan negara.
00:40Menurut MOF, kerajaan dijangka dapat menjana penjimatan sekitar RM2.5 bilion hingga RM4 bilion setahun berdasarkan data penggunaan domestik serta andaian bahawa sekitar 20%
00:52daripada jumlah penggunaan RON95 pada masa ini melibatkan pengguna yang tidak layak menerima subsidi.
01:00Julat penjimatan itu mengambil kira pelbagai senario harga minyak mentah global antara $60 hingga $80 Amerika setung
01:06serta pelaksanaan penghapusan subsidi ke atas segmen tidak disasarkan seperti warga asing dan pengguna komersial.
01:14Kementerian itu turut menjelaskan bahawa pendekatan penyasaran subsidi mempunyai kelebihan dan tidak menyebabkan peningkatan kadar inflasi yang mendadak
01:20berbanding menaikkan harga RON95 kepada harga pasaran untuk semua dengan inflasi dijaga kekal di bawah 2% bagi 2025 dan 2026.
01:31Ia juga membantu menampung tahap kegunaan RON95 yang berbeza dalam kalangan rakyat yang mempunyai jarak perjalanan harian berbeza.
01:39Kementerian itu berkata kerajaan komite mengamalkan pendekatan fiskal berhemah dan bertanggungjawab
01:44dengan penyasaran subsidi dilihat mampu memperkukuh kedudukan fiskal negara tanpa menambah hutang serta memastikan manfaat disalurkan secara lebih berkesan.
01:53MOF berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Seri Muhammad Rafi Ziramli, Ahli Parlimen Pandan,
01:58yang ingin tahu anggaran penjimatan kos sistem dan belanja pelaksanaan tahunan 2025, 2026 dan 2027 bagi program subsidi RON95
02:07dan bagaimana penjimatan itu akan dimanfaatkan dan peruntukan-peruntukan mana yang akan ditambah
02:13menggunakan penjimatan berkenaan serta peratusan penambahbaikan defisik fiskal negara.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended