00:00Perhimpunan Agong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB telah meneluskan satu resolusi pada selasa mengenai penyelesaian secara aman soal Palestine.
00:09Draf resolusi berkenaan yang dirangka oleh Djibouti, Jordan, Mauritania, Qatar, Senegal dan Palestine telah diluluskan dengan 151 undi menyokong, 11 menentang dan 11 berkecuali.
00:21Resolusi itu mengesahkan semula tanggungjawab PBB terhadap isu Palestine, menggesa penamatan pendudukan 1967 serta menegakkan penyelesaian dua negara.
00:31Ia juga menuntut Israel untuk menghentikan aktiviti penempatan haram dan mematuhi undang-undang antarabangsa.
00:37Resolusi itu turut menggesa rundingan, dimulakan semula serta menyeru negara-negara supaya tidak mengiktiraf sebarang perubahan sempadan disamping meningkatkan bantuan kepada rakyat Palestine ketika krisis kemanusiaan yang semakin meruncing.
Be the first to comment