Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
PM Anwar ke Singapura pada 4 Dis untuk Sesi Pemukiman Pemimpin ke-12, menilai kerjasama dua hala dan tandatangan MoU bersama Singapura.
Transcript
00:00Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja ke Singapura pada 4 Disember bagi menyertai sesi pemukiman pemimpin-pemimpin Malaysia Singapura ke-12.
00:11Kementerian Luar dalam kenyataannya pada Rabu berkata, lawatan bertujuan untuk menilai kemajuan kerjasama sedia ada dan membincangkan isu dua hala, serantau serta antarabangsa.
00:21Semasa lawatan tersebut, kedua-dua pemimpin dijadual untuk menyaksikan pertukaran dua memorandum persefahaman dan satu perjanjian antara Malaysia dan Singapura.
00:32Ia menjadi cerminan skop kerjasama yang semakin meluas antara kedua-dua buah negara.
00:37Antara delegasi Malaysia yang terlibat ialah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri Luar Datuk Seri Muhammad Hassan dan Menteri Pengangkutan Lok Siu Fok.
00:46Selain itu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Keuangan Kedua Datuk Seri Amir Hamzah.
00:52Turut menyertai lawatan tersebut ialah Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Ton Openg dan Menteri Besar Johor Datuk On Hafiz Ghazi.
00:59Malaysia dan Singapura mengekalkan hubungan erat sebagai jiran dan rakan dagang dengan perdagangan dua hala bernilai hampir RM340 bilion setakat Oktober 2025.
01:10Tahun ini juga merupakan ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik kedua-dua negara.
01:16Terima kasih kerana menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended