Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Lebih 800 orang terkorban dan sekurang-kurangnya 623 lagi hilang dalam banjir dan tanah runtuh di wilayah Aceh, Sumatera Utara dan Sumatera Barat setakat Rabu.
Transcript
00:00Seramai 811 orang terkorban dan 623 lagi hilang dalam banjir dan tanah runtuh di wilayah Aceh, Sumatera Utara dan Sumatera Barat.
00:10Angka itu berdasarkan data rasmi terbaru Agensi Pengurusan Bencana Negara Indonesia BNPB yang dikeluarkan pada Rabu.
00:20BNPB dalam kenyataan berkata pihaknya menerima 40 tan bekalan bantuan pada selasa yang diselaraskan oleh Kementerian Penyelaras Hal Ewal Ekonomi.
00:29Bantuan itu berangkumi makanan, air minuman dan peralatan perubatan untuk diedarkan ke kawasan terjejas di ketiga-tiga wilayah berkenaan.
00:38Sementara itu pihak berkuasa tempatan memohon lebih banyak bantuan daripada Kerajaan Pusat ketika mereka menangani kekurangan dana, makanan dan bahan api.
00:46Bekalan elektrik dan jalan raya terputus di beberapa kawasan menghalang akses kepada bantuan.
00:52Wakil rakyat di Aceh Tengah menggesa Kerajaan Pusat untuk mengisytiarkan darurat supaya dana tambahan dapat diberi untuk kerja-kerja bantuan dan penyelamatan.
01:02Ketua Daerah PD Jaya, Sibral Malasyi berkata, jajahan itu tidak mampu menangani bencana banjir dan tanah runtuh dengan sendiri.
01:10Ya, sebagaimana kita ketahui bersama terhadap surat pernyataan ketidaksanggupan itu, itulah, itu memang secara administratif memang harus dilaksanakan begitu.
01:25Karena memang juga dalam hal penanganan banjir bandang dan tanah lonsor ini, kalau memang daerah memang betul tidak mampu.
01:34Itu yang pertama. Kemudian, ini memang harus kita sampaikan kepada pemerintah Aceh dan pemerintah pusat bahwa ketidakmampuan kita dalam melaksanakan dan mengantisipasi keadaan yang sangat mencekam dan sangat besar ini.
01:52Makanya, kami pemerintah PD Jaya khususnya menyampaikan permohonan, menyampaikan pernyataan ini kepada pemerintah provinsi dan kepada pemerintah pusat
02:04untuk dibantu penanganan dan dibantu untuk pemulihan daripada pasca bencana banjir ini
02:11kerana keterbatasan baik itu anggaran ataupun keterbatasan itu peralatan yang kami peroleh saat ini.
02:19Menurut laporan Kompas TV, penduduk wilayah Aceh, Tamiang, terpaksa membersihkan dan meminum air banjir yang keruh kerana kekurangan air bersih.
02:29Pada ismin, Presiden Prabowo Subianto berkata, situasi bencana yang melanda semakin baik dan bantuan yang diberikan mencukupi.
02:37Jurucakap Presiden Prasetyo Hadi pada Rabu pula berkata,
02:40bajet kerajaan sebanyak RM500 bilion untuk bantuan bencana adalah cukup dan boleh ditingkatkan jika diperlukan.
02:47Bencana yang melanda tiga wilayah berkenaan kini telah menjejaskan 3.3 juta orang dengan 576,000 orang dipindahkan.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended