Skip to playerSkip to main content
  • 1 day ago
Polis menumpaskan dua sindiket penipuan cabutan bertuah dan forex dengan penahanan 24 rakyat China dalam dua operasi berasingan di Sunsuria City, Sepang, Selangor minggu lalu.
Transcript
00:00Polis menumpaskan dua sindiket penipuan cabutan bertuah dan forex dengan penahanan 24 rakyat Cina dalam dua operasi berasingan di Sansuria City, Sepang, Selangor minggu lalu.
00:11Menurut Ketua Polis Selangor, Dato' Syazili Kahar, siasatan awam mendapati ke semua suspek yang berusia antara 21 hingga 37 tahun memasuki Malaysia sejak Jun lalu menggunakan pas lawatan sosial dan kerja.
00:24Sindiket terbabit dikesan menyasarkan rakyat Cina menerusi aplikasi seperti Telegram, Tonghua Sun dan QQ atau Jinchan.
00:34Mangsa diperdaya untuk menyerahkan sejumlah wang sebelum menyertai cabutan bertuah atau forex yang dijanjikan dengan pulangan keuntungan yang tinggi sedangkan ianya tidak wujud.
00:45Kesemua tangkapan daripada operasi pertama dan juga operasi kedua ini sedang ditahan reman selama tujuh hari mulai 27 November sehingga 3 Disember 2025 dan siasatan sedang dijalankan di bawah Seksyen 420 Kandung Kesiasaan dan juga di bawah Seksyen 120B Kandung Kesiasaan.
01:10Kesiasatan turut mendapati kesemua tangkapan telah memasuki Malaysia secara sah melalui KLIA dengan menggunakan pas lawatan sosial dan juga pas pekerja.
01:24Pihak PDRM sedang membuat semakkan silam dengan pihak immigration bagi mengesahkan ketulinan pas-pas tersebut.
01:32Mereka telah semakkan rekod jenayah mendapati kesemua tangkapan tiada rekod dan ujian air kencing telah dijalankan hasilnya negatif.
01:43Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontijen Selangor pada Selasa.
01:49Dalam serbuan itu, polis turut merampas wang tunai berjumlah RM60,000, komputer riba, telefon bimbit serta penghala.
01:57Menurutnya, siasatan juga mendapati sindiket tidak melibatkan rakyat tempatan.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended