Skip to playerSkip to main content
  • 1 day ago
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata ada keperluan untuk menyemak semula perundangan berkaitan aktiviti tidak bermoral, antaranya perbuatan luar tabii yang berleluasa di premis tertutup.
Transcript
00:00Berikutnya, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasir Tuan Ismail berkata ada keperluan untuk menyemak semula perundangan berkaitan aktiviti tidak bermoral, antaranya perbuatan luar tabi'i yang berluasa di premis tertutup.
00:14Menurutnya, kelemahan peruntukan sediada menyebabkan proses reman tidak dapat dilanjutkan ke atas mereka yang terlibat sekaligus membazirkan masa dan tenaga anggota bagi operasi serbuan.
00:24Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan simposium IPCC 2025 di Kuala Lumpur.
00:33Saya telah diberi tatlimat oleh Ketua Polis wilayah Kuala Lumpur yang pertama mengesahkan intipan itu makan masa berbulan-bulan.
00:45Dan penguatkuasaan secara bersama dengan agensi yang lain kita buat dan jumlah tangkapan juga besar.
00:52Dan berdasar kepada peruntukan undang-undang yang sedia ada, baik di bawah jawi ataupun di bawah kanun keseksaan.
01:02Pada akhir tatlimat, Ketua Polis Kuala Lumpur bersedia untuk mengangkat cadangan.
01:12Ada keperluan untuk kita melihat semula undang-undang yang sedia ada.
01:15Sebab operasi yang skala besar sebegitu dengan kekangan masa untuk kita melengkapkan satu IP.
01:25Kemudian kita nak kenal pasti seksyen mana, akta mana bagi menentukan halatuju siasatan.
01:32Kalau berdasar peruntukan yang sedia ada, saya boleh sebutkan bahawa ianya tidak memadai untuk kita mengambil tindakan ke atas kes yang sebegitu.
01:39Jadi akhirnya kita akan jadi serbuan, tangkapan, kemudian mahkamah tak benarkan reman dilanjutkan.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended