Polis Kuala Lumpur akan meneliti semula Prosedur Operasi Standard (SOP) membabitkan serbuan ke atas kelab kesihatan yang menjalankan aktiviti tidak bermoral.
00:00Polis Kuala Lumpur akan meneliti sebulan prosedur operasi standar SOP membabitkan serbuan ke atas klub kesihatan yang menjalankan aktiviti tidak bermoral bagi memastikan setiap tindakan penguatkuasaan diambil memberikan impak positif kepada masyarakat.
00:15Ketua Polis Kuala Lumpur, Dato' Fadil Marsus berkata, dalam serbuan ke atas sebuah klub kesihatan yang dipercayai menjadi lokasi aktiviti songsang baru-baru ini, terdapat beberapa kelemahan dikenalpasti dan perlu ditambah baik agar bukti yang dikumpulkan tidak tercicir.
00:31Katanya polis tidak mahu serbuan dan tangkapan dibuat tapi akhirnya ada bukti yang tidak dapat diterima atau siasatan tidak dapat diteruskan.
00:39Katanya setiap kesalahan ada asas dan bukan mudah untuk menuduh seseorang termasuk dalam kesalahan meliwat atau aktiviti sosial negatif.
00:47Polis bersama pihak berkuasa tempatan dan jamatan agama kini bekerjasama bagi memastikan premis berkenaan tidak beroperasi semula.
00:55Jumaat lalu, 17 penjawat awam antara 208 individu yang ditahan polis dalam sebuah serbuan di klub kesihatan yang dipercayai dijadikan lokasi aktiviti seksual songsang di kawasan cokit.
Be the first to comment