Skip to playerSkip to main content
  • 6 days ago
Malaysia berada dalam kedudukan paling terdedah di rantau ini kerana pergantungan besar kepada eksport elektrik dan elektronik (E&E) serta semikonduktor
Transcript
00:00Keputusan untuk segera memeterai perjanjian perdagangan timbal balas ART antara Malaysia dan AS bukan dibuat secara terburu-buru.
00:09Sebaliknya merupakan tindakan penting bagi mengekang risiko pengalihan pelaburan akibat ancaman tarif besar oleh Washington.
00:16Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri MITI, Datuk Seri Tenggu Zafrul Abdul Aziz berkata,
00:21Malaysia berada dalam kedudukan paling terdedah di rantau ini kerana pergantungan besar kepada ekspor elektrik dan elektronik E&E serta semikonduktor,
00:31sektor yang akan menerima kesan langsung sekiranya Amerika menggunakan tarif 25%.
00:37Analisis bersama Bank Negara, MITI, Maida, Madrid dan juga Pakal Luar menunjukkan bahawa tanpa ART,
00:46pertubuhan KDNK Malaysia boleh susut sekitar hampir 1.2 mata peratus setahun.
00:52Ini lebih kurang hampir RM30 bilion setahun.
00:55Dan kesan ke atas output kumulatif dalam beberapa tahun boleh mencecah ratusan bilion ringgit.
01:01Jadi lebih kurang 1.1 pekerjaan termasuklah di zon perindustrian di Kulim, Baya Lepas, Batu Kawan, Pasti Gudang, Senai, Syah Alam.
01:09Lebih 7,000 PKS dalam rantai bekalan syarikat Amerika Syarikat di Malaysia akan terdedah.
01:13Jadi melalui ART kita telah cap kadar tarif pada 19%, bukan 25% atau lebih.
01:20Kita mengunci tarif kosong peratus bagi 1,711 barisan tarif dan kita juga telah menjaya mendapatkan produk-produk utama setakat ini.
01:31Semikonduktor pun masih lagi dikecualikan.
01:34Menjawab dakwaan, kononnya Kerajaan Gopoh memuktamadkan perjanjian tersebut.
01:38Beliau menegaskan Malaysia tidak mempunyai ruang untuk menunggu.
01:40memandangkan ancaman tarif boleh dikuatkuasakan pada bila-bila masa.
01:45Sekaligus menjejaskan keyakinan pelabur antarabangsa yang sedang menilai arah tujuh pelaburan mereka.
01:49Kita mudah untuk menuduh kerajaan gelojoh selepas risiko terbesar telah berjaya dikurangkan.
01:56Yang sukar ialah membuat keputusan ketika pistol tarif 25% sudah diacukan kepada ekonomi kita.
02:02Dan pelabur sedang membandingkan sama ada mahu kekal di Malaysia atau pindah ke Vietnam, Thailand dan Meksiko.
02:07Jadi sebagai kementerian diberi tanggungjawab, saya lebih rela dikritik kerana berjadak cepat untuk menyelamatkan kilang dan pekerjaan rakyat
02:14daripada dipuji kerana berani melawan tetapi membiarkan tarif 25% jatuh tanpa sebarang payung.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended