Bekas Presiden Peru, Martin Vizcarra dijatuhi hukuman penjara 14 tahun selepas sebuah mahkamah pada Rabu (26 November) mendapati beliau bersalah menerima rasuah berjumlah AS$676,000 ketika menjawat jawatan sebagai Gabenor wilayah Moquegua antara 2011 hingga 2014. Kes terbaharu ini menambah kepada deretan bekas pemimpin negara itu yang dipenjara atas skandal rasuah, sekali gus mencerminkan krisis politik berpanjangan yang terus membelenggu Peru.
00:00Bekas Presiden Peru, Martin Vizcarra, dijatuhkan hukuman penjara 14 tahun sepas sebuah mahkamah negara itu,
00:07mendapati beliau bersalah menerima rasuah jutaan dolar ketika mengetuai wilayah Makugua lebih sedekat lalu.
00:14Menurut keputusan mahkamah, Vizcarra menerima $676,000 Amerika daripada beberapa syarikat pembinaan sebagai imbuhan
00:22bagi penganugerahan kontrak projek infrastruktur antara 2011 hingga 2014.
00:30Sepanjang perbicaraan yang bermula Oktober lalu, Vizcarra menafikan dawaan tersebut dan mendakwa dirinya menjadi mangsa pendawaan politik.
00:39Vizcarra yang mengambil ahli jawatan Presiden pada 2018 lepas peletakan jawatan pendahulunya disingkir oleh Kongres dua tahun kemudian
00:47di tengah penyiasatan rasuah yang semakin memuncak.
00:50Dalam perkembangan berkaitan abangnya, Mario Vizcarra dijangka bertanding dalam pilihan raya Presiden Peru pada April 2016
00:57mewakili parti Peru First di mana Martin Vizcarra kekal sebagai penasihat utama.
01:03Pada pilihan raya 2021, Vizcarra memperolehi undi tertinggi bagi kerusi Kongres tetapi kemudian dilarang memegang jawatan awam
01:11selama 10 tahun selepas tindakan beliau membubarkan Kongres pada 2019.
01:17Peru terus dibelenggu krisis politik kronik.
01:19Apabila negara itu telah melalui enam Presiden sejak 2018, kebanyakannya digugurkan melalui pemecatan atau peletakan jawatan akibat skandal rasuah.
Be the first to comment