Pihak berkuasa tempatan Indonesia melalui Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB) dan Badan Penanggulangan Bencana Daerah (BPBD) telah mengaktifkan langkah kesiapsiagaan serta operasi bantuan di kawasan-kawasan yang terjejas teruk, terutamanya di kawasan rendah dan kawasan lereng bukit yang terdedah kepada risiko banjir serta tanah runtuh di ketiga-tiga provinsi itu.
00:00Kita dah fokuskan kepada banjir di seluruh negara tetapi kita tahu juga antara negara yang terjejas akibat monsoon ataupun hujan lebat dan juga bencana banjir dan sebagainya adalah Indonesia dan ini amaran yang dikeluarkan ataupun kenyataan yang dikeluarkan oleh Wisma Putra.
00:17Konsulat General Malaysia di Medan, Indonesia mengesahkan tiada rakyat negara ini yang dilaporkan terjejas secara langsung akibat kejadian banjir dan tanah runtuh yang berlaku di Provinsi Sumatera Utara, Sumut, Sumatera Barat, Sumbar dan Aceh setakat ini.
00:33Konsulat General Malaysia di Medan dalam satu hantaran di Facebook pada Kamis berkata pihaknya akan terus memantau rapat perkembangan situasi banjir dan tanah runtuh yang berlaku di ketiga-tiga wilayah itu.
00:47Ia sesulan hujan lebat berterusan dan keadaan cuaca yang tidak menentu. Warga negara Malaysia yang sedang berada di Sumatera Utara, Sumatera Barat dan Aceh atau merancang perjalanan ke kawasan berkenaan turut dinasihatkan sentiasa berwaspada.
01:01Ini termasuk memantau perkembangan terkini melalui saluran media rasmi serta memantuhi segala arahan pihak berkuasa tempatan.
01:08Orang ramai juga dinasihatkan menyimak status perjalanan dengan syarikat penerbangan atau pengangkutan masing-masing sekiranya berlaku sebarang perubahan dari semasa ke semasa.
01:17Jelas kenyataan itu lagi, pihak berkuasa tempatan Indonesia melalui Badan Nasional Penanggulangan Bencana atau BNPB dan Badan Penanggulangan Bencana Daerah atau BPPD
01:27telah mengaktifkan langkah kesiapsagaan serta operasi bantuan di kawasan-kawasan yang terjejas teruk.
01:33Ini terutamanya di kawasan rendah dan kawasan lereng bukit yang terdedah kepada risiko banjir serta tanah runtuh di ketiga-tiga provinsi itu.
Be the first to comment