Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
"Bantuan makanan yang diterima terpaksa dikongsi bertiga selain terputus bekalan air bersih dan elektrik lebih lima hari"

Itu antara pengalaman yang diceritakan pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) ketika terkandas di Hatyai, Thailand sejak hampir seminggu yang lalu akibat banjir yang berlaku di bandar berkenaan.
Transcript
00:00Bantuan makanan yang diterima terpaksa dikongsi bertiga selain terputus bekalan air bersih dan elektrik lebih lima hari.
00:08Itu antara pengalaman yang diceritakan pelajar Universiti Utara Malaysia UUM ketika terkandas di Hatnyai, Thailand sejak hampir seminggu yang lalu akibat banjir yang berlaku di bandar berkenaan.
00:19Mereka yang ditemui di kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam petang Khamis menzahirkan rasa syukur dan lega apabila dapat dibawa pulang semula dalam keadaan selamat.
00:32Abdul Hanan Abdul Halim, 20 tahun, turut memaklumkan rakyat di negara Thailand turut membantu dari segi makanan dan keperluan harian seperti barangan elektrik.
00:49Bagaimana cara rasa rasa makan?
00:51Satu makanan, kami atas belah insya wantai, mereka beri air mineral dan juga memasakkan bubur tiap hari.
01:01Dan bubur itu pun kami faham, mereka pun masak juga untuk orang lain-orang lain sekali, sekalian orang wantai dan wantai tu lah.
01:08Jadi kami pun kongsilah, mungkin dah semangkut kongsi dua orang, seorang kongsi tiga orang.
01:12Kalau macam makanan yang disampaikan melalui bantuan hari tu, Alhamdulillah kami dapat bantuan hari tu makanan di mana satu bekas tu kami kongsi tiga orang.
01:20Bagi Aisyah Nur Akbar, 22 tahun, menceritakan kebanyakan pelajar hampir hilang semangat selepas terkandas hampir seminggu di negara Thailand.
01:28Perasaan sekarang, kalau sekarang memang kami sangat bersyukur lah sebab kalau nak dikomparekan dengan perasaan kami, terkandas dari sejak Sabtu sampai ke hari ini, Khamis.
01:38Sepatutnya kami pulang hari Sabtu tapi setiap Sabtu lah kami terkandas, jadi sekarang memang sangat bersyukur.
01:42Kalau waktu kat sana tu memang saya rasa macam, bagi saya tadi tu semangat saya okey lagi.
01:49Tapi beberapa kawan saya memang semangat dah tak okey sebab mereka pun ada masalah kesihatan, jadi saya sangat sedih lah.
01:55Dalam perkembangan sama, timbalan naib chancellor hal ehwal pelajar dan alumni UUM yang menjalankan fungsi naib chancellor,
02:02Prof. Dr. Ahmad Martada Muhammad berkata operasi membawa pulang ke semua mereka bukan mudah.
02:08Sehubungan itu, pihak UUM merakamkan perhargaan kepada Konsulat General Malaysia di Songkla yang membantu pelajar dan persyarah yang terlibat.
02:16Dan kita pun di pihak kita, UUM tak pernah lekang daripada berusaha menghubungi mana-mana pihak yang sanggup untuk membantu.
02:26Dan banyak NGO-NGO yang sanggup membantu, tetapi yang sangat sedih kita ialah kerana apabila mereka sampai ke tempat-tempat untuk nak bantu itu memang mereka tak boleh masuk.
02:40Jadi pihak konsulat juga menyatakan bahawa usaha-usaha menyelamat itu perlu mengambil ke keselamatan individu-individu yang terlibat dalam operasi menyelamat.
02:51Terdahulu, seramai 36 pelajar dan dua persyarah pusat pengajian perakaunan Tunku Puteri Intan Safina Stisa UUM yang terkandas banjir di Haknyai, Thailand tiba di tanah air pada 6.20 petang pada Khamis.
03:04Terima kasih telah menonton!
03:06Terima kasih telah menonton!
03:08Terima kasih telah menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended