Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Selepas hampir sebulan ditempatkan di Hospital Kuala Lumpur (HKL), mayat pempengaruh wanita warga Taiwan, Hsieh Yun Hsin akhirnya dituntut pihak Kedutaan Taiwan, 10 hari lalu.
Transcript
00:00Selepas hampir sebulan ditempatkan di Hospital Kuala Lumpur HKL, mayat pempengaruh wanita warga Taiwan, Si Hyun Sin, akhirnya dituntut pihak kedutaan Taiwan 10 hari lalu.
00:12Perkara itu dimaklumkan Ketua Polis Kuala Lumpur, Dato' Fadil Marsus dalam satu kenyataan.
00:19Sebelum ini, ada individu yang cuba menuntut jasad wanita berusia 31 tahun itu, namun tidak dibenarkan kerana tiada kebenaran disahkan.
00:27Mangsa ditemukan mati dalam tap mandi di bilik air sebuah hotel di Jalan Kuala Lumpur pada 22 Oktober lalu sebelum mayatnya dibawa ke HKL untuk berdasar siasat.
00:38Mangsa datang ke Malaysia pada 20 Oktober lalu dan sepatutnya meninggalkan negara empat hari kemudian.
00:43Kes berkenaan pada awalnya diklasifikasikan sebagai kematian mengejut tetapi kemudiannya disiasat semula sebagai kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Kesiasaan.
00:53Siasatan Polis mendapati penyanyi rap dan pengarah kontroversi, Nemwe merupakan individu terakhir yang dilihat bersama mangsa sebelum kematiannya.
01:02Sesulan itu, Nemwe ditahan ketika tampil menyerah diri di ibu pejabat polis daerah Dangwangi pada 5 November lepas.
01:08Dia kemudian dibebaskan dengan jaminan polis sementara laporan berdasar siasat diperoleh.
01:14Polis sebelum ini juga memaklumkan berdasarkan siasatan awal, kedua-dua mereka mempunyai hubungan istimewa.
01:23Terima kasih kerana menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended