Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Polis tidak menolak kemungkinan suspek yang menyerang wartawan sukan, Haresh Deol tersalah sasaran.
Transcript
00:00Polis tidak menolak kemungkinan suspek yang menyerang wartawan sukan Harish Diyal tersalah sasaran.
00:07Ketua Polis Kuala Lumpur, Dato' Fadil Marsus berkata, siasatan awal mendapati serangan terhadap individu terbabit dipercayai berunsur peribadi akibat gangguan terhadap isteri suspek.
00:21Menurutnya berdasarkan siasatan awal, sasaran sebenar suspek adalah orang lain, bukannya mangsa.
00:27Bagaimanapun kata beliau, polis akan meneliti semua keterangan dan siasatan masih dijalankan.
00:33Fadil berkata pihaknya akan melengkapkan kertas siasatan untuk dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara.
00:38Menurutnya setakat ini hanya seorang individu yang ditahan dan akan dicadangkan untuk dituduh.
00:43Kejadian dilaporkan berlaku di Jalan Ma'ruf, Ibu Negara berhampiran pakir sebuah pusat membeli belah ketika mangsa sedang berjalan kaki di Kaki 5 menuju ke Jalan Telawi.
00:52Sebelum itu, Harish menerusi hantaran di Laman X mendakwa diserang dua lelaki sementara seorang lagi individu merakam insiden itu menggunakan telefon bimbit.
01:01Dia juga menolak dakwaan yang mengatakan serangan itu berpunca akibat isu peribadi.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended