Skip to playerSkip to main content
Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan bahawa adalah tidak tepat untuk mengatakan Perdana Menteri campur tangan dalam isu yang melibatkan Thailand dan Cambodia.

Malaysia hanya bertindak sebagai pemudah cara memandangkan kedua-dua negara berkenaan merupakan rakan serantau dan ketika ini sedang berdepan ketegangan di kawasan sempadan.

Malaysia tidak pernah mengambil pendekatan sedemikian, sebaliknya sentiasa menjunjung semangat ASEAN yang menekankan prinsip tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara anggota.

#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat

Category

🗞
News
Transcript
00:00Untuk mengatakan bahawa Malaysia, khususnya yang amat berhormat pada Menteri campur tangan, itu satu perkara yang amat salah kerana Malaysia tidak pernah campur tangan.
00:10Sejak daripada dulu lagi, kita menjunjung semangat ASEAN iaitu tidak ada campur tangan di dalam hal ehwal negara-negara ahli dalam ASEAN.
00:19Kita menjadi pemudah cara, kita pemudah cara, memudah cara kerana dua negara bersahabat ini telah pun terlibat dalam isu pertempuran di sempadan.
00:34Isu ini dah berpuluh-puluh tahun, dah berabad. Jadi kita memang tak pernah campur tangan kerana isu sempadan ini merupakan isu bilateral di antara Cambodia dan juga Thailand.
00:44Tak ada kena-mengena dengan kita pun. Tetapi kita minta kedua-dua negara.
00:50Semasa mesyuarat AMM ataupun mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN pada bulan 7 yang lalu, saya telah menemukan kedua-dua Menteri Luar ini di dalam pejabat sementara saya di KLCC.
01:03Menyatakan bahawa ada baiknya supaya kedua-dua buah negara ini duduk semeja dan berunding.
01:08Kerana amat tidak baik. Kita selalu melaungkan bahawa rantau ASEAN ini rantau aman, sejahtera dan bebas dan berkecuali.
01:17Tetapi apa rupanya jika kedua-dua buah negara ini bertelagah dikenaan sepadan yang mana itu isu kedua-dua buah negara.
01:26Jadi mereka minta supaya Malaysia menjadi tuan rumah.
01:30Malaysia minta kita supaya menjadi facilitator.
01:33We are coordinator, we are facilitator. Kita memudah cara.
01:36Terima kasih kerana menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended