Universiti Utara Malaysia (UUM) memaklumkan usaha membawa pulang pelajar dan pensyarah yang terkandas akibat banjir di Hatyai, Thailand sejak Sabtu lalu dijadualkan berlangsung pagi ini. Operasi pemindahan akan dilaksanakan oleh Konsulat Malaysia di Thailand dengan bantuan badan bukan kerajaan (NGO).
00:00Baik usaha membawa pulang pelajar dan pensyarah Universiti Utara Malaysia UUM yang terkandas akibat banjir di Hadnyei, Thailand sejak Sabtu lalu dijadualkan berlangsung pagi tadi.
00:11Dalam kenyataan UUM, operasi pemindahan akan dilaksanakan oleh pihak konsulat Malaysia di Thailand dengan bantuan badan bukan kerajaan NGO.
00:19Sebanyak 12 bot bantuan digerakkan melalui kerjasama NGO untuk menghantar makanan dan keperluan asas kepada pelajar yang berlindung di Hotel Wang Burapa Grand, namun arus deras memaksa bot berkenaan berpatah balik demi keselamatan.
00:35Keadaan di kawasan hotel dilaporkan lebih kritikal berbanding lokasi lain kerana kedudukannya berhampiran sungai dan paras air naik sehingga melebihi satu tingkat bangunan, sekaligus menyukarkan akses kenderaan termasuk kereta dan lori.
00:49Semalam, media melaporkan seramai 40 pelajar dan pensyarah UUM yang terkandas di hotel berkenaan kini kekurangan bekalan makanan apabila hanya makan bubur nasi yang dicatu, manakala seorang pelajar pembawa thalassemia kehabisan ubat.
01:04Mereka adalah peserta Thai Malaysia Cultural Exchange Program 2025 yang sepatutnya pulang Sabtu lalu tetapi terperangkap akibat banjir besar tanpa bekalan elektrik dan air.
Be the first to comment