Kerajaan menasihatkan rakyat Malaysia agar menangguhkan sebarang perjalanan ke kawasan yang dijangka dilanda banjir dalam tempoh terdekat.
Nasihat itu dikeluarkan sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan risiko keselamatan berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu kata Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan.
Jabatan Meteorologi Malaysia turut mengesahkan bahawa hujan lebat serta monsun timur laut dijangka berterusan sehingga penghujung Disember 2025. Keadaan tersebut dijangka meningkatkan potensi berlakunya banjir di beberapa kawasan yang dikenal pasti sebagai berisiko tinggi.
00:00Nasihat telahpun dikeluarkan oleh Kementerian Luar, nasihat pun saya sendiri telah keluarkan kenyataan supaya di dalam musim tengkujuh ini dinasihatkan supaya rakyat Malaysia yang telahpun merancang untuk melancong ke kawasan-kawasan yang selalunya banjir setiap ujung tahun untuk kita menangguhkan hasrat kita dulu.
00:23Supaya kita tidak terperangkap dalam keadaan begini dan daripada Jabatan Meteorologi menyatakan bahawa hujan akan berterusan, monsoon timur laut akan berterusan sehingga hujung bulan Desember.
00:38Jadi nasihat kerajaan supaya rakyat Malaysia yang telahpun merancang walaupun dah book hotel, elok batalkan dululah hasrat untuk kita pergi ke mana-mana untuk kita tidak terperangkap dalam situasi yang tidak baik ini. Terima kasih.
Be the first to comment