Skip to playerSkip to main content
  • 14 hours ago
Kerajaan telah mengambil pelbagai langkah sebagai usaha persediaan menghadapi bencana Monsun Timur Laut untuk memastikan keselesaan penduduk yang terjejas banjir.
Transcript
00:00Seterusnya, sebagai langkah persediaan menghadapi monsoon timbul laut, kerajaan telah mempergiat langkah kesiapsiagaan bencana kerajaan menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat JKM yang menyediakan 9,058 pusat pemindahan sementara PPS.
00:15Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Sri Nancy Syukri menyatakan jumlah itu mampu menempatkan sehingga 2.2 juta mangsa di seluruh negara bagi memastikan kebajikan dan keselesaan mangsa banjir sentiasa terjamin.
00:29Malaysia pula akan mengeluarkan ramalan cuaca signifikan sekurang-kurangnya seminggu lebih awal. Sekiranya terdapat tanda-tanda cuaca signifikan berpotensi, mendatangkan bencana MED Malaysia juga akan mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat waspada buruk dan bahaya serta amaran angin kencang dan laut bergelora dalam tempoh 3 hari lebih awal sebagai langkah kesiapsiagaan.
00:56Dalam hari itu, katanya Jabatan Pengairan dan Seliran JPS telah mengemaskini sebanyak 3,682 lokasi hotspot banjir di seluruh negara, manakala Jabatan Mineral dan Geosains turut mengenapasti 254 cerun kritikal yang berpotensi mengalami kejadian tanah runtuh.
01:12Beliau menambah, pelan komunikasi bencana turut diperkemas melalui kerjasama Seranjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta syarikat telekomunikasi bagi memastikan penyebaran maklumat kepada orang awam dapat dilakukan dengan pantas dan berkesan.
01:25Beliau menjelaskan perkara itu dalam sesi soal jawab Lisandi Dewa Rakyat pada Khamis.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended