Menurut Pengarah Urusan Google Malaysia dan Singapura Ben King, Malaysia berada pada kedudukan yang kukuh bukan sahaja pada masa ini tetapi juga untuk masa depan.
00:00Munculan teknologi kecerdasan buatan AI menjadi pemangkin baharu bagi Malaysia dengan menarik pembiakan berjumlah $759 juta dan menyokong lebih 60 syarikat pemula AI tempatan dari separuh ke-2024 hingga separuh pertama 2025.
00:16Dalam laporan e-Economy C 2025 edisi ke-10 oleh Google, Temastik dan Bain Company itu, jumlah tersebut adalah kedua tertinggi di rantau Asia Tenggara selepas Singapura yang menerima $1.3 bilion dan menjadi lokasi kepada lebih 495 syarikat pemula AI.
00:37Menurut pengarah urusan Google Malaysia dan Singapura Banking, Malaysia berada pada ketudukan yang kukuh bukan sahaja pada masa ini tetapi juga untuk masa depan.
00:49Malah, pelaburan infrastruktur Malaysia yang mantap dan ekosistem syarikat pemula AI yang berjaya menarik tahap pembiayaan yang tinggi.
00:57Banking berkata, Malaysia turut menerajui lonjakan pelaburan infrastruktur AI di Asia Tenggara, susulan kedudukan rantau ini sebagai tumpuan global dalam pembangunan itu dengan unjuran peningkatan kapasiti tambahan sekitar 350%.
01:13Beliau berkata, peningkatan aliran modal itu membawa prospek positif kepada ekonomi secara keseluruhan dan ekonomi digital Malaysia.
01:22Selain menunjukkan tren, sebagian aliran tersebut beralih dari Singapura berikutan kekangan kapasiti negara itu.
01:31Malaysia berada pada kedudukan yang baik di sokong dasar kerajaan yang pro-teknologi dan pro-inovasi.
01:37Mengulas mengenai peluang pekerjaan dalam pasaran berteraskan AI serta kebimbangan terhadap penggantian tenaga kerja oleh teknologi itu,
01:45Banking berkata, pekerja tidak akan kehilangan pekerjaan kepada AI sebaliknya kepada individu lain yang lebih mahir menggunakan AI.
01:54Sehubungan itu, beliau berkata agenda penting ketika ini adalah usaha meningkatkan kemahiran dan memastikan rakyat mempunyai alat yang sesuai untuk menguasai AI.
Be the first to comment