Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah menolak permohonan pemegang konsesi lebuh raya MEX, Maju Holdings Sdn Bhd, untuk diletakkan di bawah pengurusan kehakiman (JM), sebaliknya mahkamah akan mendengar petisyen seorang pemiutang untuk menggulung syarikat tersebut.
Transcript
00:00Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah menolak permohonan pemegang konsersi Lebuhraya Max Maju Holdings Sinan Berhad
00:07untuk diletakkan di bawah pengurusan kehakiman JM.
00:10Sebaliknya, mahkamah akan mendengar petisyen seorang pemyutang untuk menggulung syarikat tersebut.
00:16Keputusan itu dibuat oleh pesuruh jaya kehakiman Suhendran Sokandaden, Sahiran Abdullah pada 17 November, lapor DH.
00:24Dan penghakiman tersebut hanya dimaklumkan kepada akhbar tersebut pada Islin 24 November.
00:30Pesuruh jaya kehakiman itu memerintahkan petisyen penggulungan yang difilkan lebih awal oleh Brijects Sinan Berhad pada 20 April 2023
00:40untuk didengar oleh mahkamah pada 16 Disember.
00:44Brijects mendakwa terdapat hutang tidak berbayar hampir RM68 juta.
00:49Suhendran memutuskan terdapat kekurangan niat baik dalam pemfailan permohonan JM tersebut
00:54dan tiada pelan pemulihan yang munasabah untuk menyusun semula Maju Holdings.
01:00Suhendran juga memerintahkan Maju Holdings membayar kos RM30,000 kepada Brijects yang telah membantah permohonan JM itu.
01:08Difahamkan bahawa hutang tertunggak Maju Holdings boleh mencecah hampir RM1.5 bilion.
01:13Maju Holdings telah memfailkan permohonannya untuk diletakkan di bawah JM pada 20 Mei tahun lalu
01:19di bawah Seksyen 404 dan 405 atau Syarikat ketika permohonan penggulungan oleh Brijects dijadwalkan
01:26untuk didengar pada akhir bulan tersebut.
01:29Di bawah permohonan JM itu, Maju Holdings yang kebelakangan ini menjadi perhatian umum
01:34melibatkan pemiliknya Tan Sri Abu Sahid Muhammad mahu Datuk V. Shanmu Ganadan
01:39dilantik sebagai pengurus kehakiman selain memohon agar semua proseding penggulungan terhadapnya dihentikan.
01:45Sementara itu, Brijects telah memfailkan petisyen penggulungan sepas melakukan kerja-kerja
01:51untuk Leburaya Max II yang menghubungkan Putrajaya ke lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur KLIA.
01:58Abu Sahid, istrinya dan bekas pengarah Datuk Yap Wi Leong juga menjadi perhatian umum kebelakangan ini
02:04di mana kedua-dua Abu Sahid dan Wi Leong masing-masing berdepan pertuduhan pecah amanah jenayah
02:09dan pengubahan wang haram berkaitan projek Leburaya Max II sepanjang 16.8km yang masih belum siap
02:16dengan semua kes dijadwalkan didengar di Kuala Lumpur.
02:20Istri Abu Sahid, Kwan Sri Nur Azrina Muhammad Azmi turut dituduh dengan satu pertuduhan pengubahan wang haram
02:26kerana menerima 67.1 juta ringgit daripada suaminya.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended