Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
SMK Dusun Nanding jadi sekolah pertama dijadikan PPS khas bagi calon SPM terjejas banjir, memastikan mereka berada dalam suasana selesa untuk peperiksaan.
Transcript
00:00Masih berkenaan banjir, Sekolah Menengah Kebangsaan SMK Dusun Nanding mengambil langkah proaktif apabila membuka sekolah mereka sebagai pusat pemindahan sementara PPS khas untuk calon sijil pelajaran Malaysia SPM yang terjejas akibat banjir di Sungai Serai.
00:15Menurut Pengetu SMK Dusun Nanding, Rosman Abdul Qadir, sekolah itu merupakan institusi pertama yang dibuka khusus sebagai PPS untuk pelajar SPM sahaja dengan tujuan memastikan calon peperiksaan mendapat suasana yang kondusif menjelang peperiksaan hari ini.
00:31Perincian lanjut kita dengar terus dari Khabir Aziz. Silakan.
00:37Baik, terima kasih Nabila Kalida di pusat penyiharaan Bukit Jalil.
00:41Baik, kini saya berada di SMK Dusun Nanding di mana bila bercakap tentang banjir, kita akan fikir tentang pusat pemindahan sementara.
00:47Jadi di sekolah ini, di dalam, di kala-kala bala bencana banjir sedang melanda di hulu langan, sekolah ini, pengetu sekolah ini mengambil inisiatif untuk membuka satu pusat pemindahan sementara yang khas,
00:57dihaskan hanya untuk calon-calon SPM yang menduduki SPM di sekolah SMK Dusun Nanding.
01:02Dan di sini, didapati sekolah ini terdapat 280 calon SPM dan daripada 280 itu, 150 murid yang terkesan daripada banjir di kawasan Sungai Serai.
01:13Dan buat masa sekarang yang mendaftar di PPS pada SMK Dusun Nanding ini, hanyalah 72 calon SPM.
01:19Jadi mereka mendaftar dan bermalam di sini dan dilaporkan akan bermalam dengan lebih lama, mungkin dalam masa dua minggu, sehinggalah bencana banjir di hulu langan ini selesai.
01:29Jadi mereka, saya difahamkan, dipindahkan daripada pusat pemindahan sementara SK Sungai Serai yang saya berada semalam di lokasi.
01:36Mereka dipindahkan pada jam 6 petang melalui jentera Jabatan Pertahanan Awam yang mereka menghantar mereka ke sini dan saya dilaporkan jentera terakhir yang hantar mereka ke sini adalah pada jam 9 malam.
01:49Jadi mereka tiba di sini, mereka ada satu suasana yang lebih kondusif, lebih selesa dan juga lebih sesuai untuk mereka belajar dan bersedia untuk menjawab perperiksaan CJ Pelajaran Malaysia.
02:00Jadi untuk kita dengarkan lebih lanjut, kita dengarkan daripada pengetuanya sendiri.
02:03Saya hubungan dengan pihak PPD daerah, beri saja saya green light untuk kita tempatkan murid SPM kita saja untuk ditempatkan di sini.
02:18Jadi bila saya buat tawaran kepada ibu bapa, ada 72 orang calon yang perlukan tempat penginapan selain daripada PPSD ada.
02:29Malam itu, daripada 72 orang yang memohon, cuma 55 orang murid yang datang semalam, digerakkan dengan terakhir tadi.
02:39Jadi bila ada murid, tentu ada yang bertugas.
02:43Jadi Alhamdulillah, guru-guru kita di sini begitu terbuka dan begitu committed.
02:51Bila saya tanya, saya bukan arahkan ya, kerana ia datang secara mengejut.
02:56Pada pagi itu tak ada pun kita punya pemikiran tentang keperluan PPS di sini.
03:01Bila tengah hari baru kita fikir, alamak perlu ada kerana air semakin naik.
03:05Jadi bila saya tawarkan kepada guru-guru yang suka rela,
03:07Alhamdulillah kita dapat empat guru perempuan dan dua guru lagi untuk membantu murid-murid.
03:14Sebab kata mereka bukan sekadar nak tolong mereka berada di sini, mereka nak tolong dalam pembelajaran juga.
03:20Jadi pada malam semalam, kita atur untuk penginapan, kita atur untuk makan minum dan kita atur dan selia untuk mereka pembelajaran malam berpumpulan.
03:30Terima kasih kerana menonton!
04:00Saya ingin ucapkan selamat maju jaya kepada mereka yang akan menduduki peperiksaan CJ Pelajaran Malaysia.
04:09Saya kira itu sahaja laporan saya di hulu langat SMK Dusun Nanding.
04:13Saya kembali semula ke studio bersama Nabilah.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended