00:00Kerajaan komited dalam melakukan segala yang perlu bagi meringankan beban mereka yang terjejas akibat banjir, kata Perdana Menteri Dato' Sri Anwar Ibrahim.
00:10Anwar mengakui memantau situasi banjir di tanah air, biarpun ketika menjalankan lawatan tugas-tugas rasmi di luar negara.
00:18Setakat 11 pagi, lebih 20 ribu mangsa terjejas akibat banjir, dengan pahang menjadi negeri terbaharu dilanda bencana itu.
00:25Anwar mengulas tahap kesiapsagaan pasukan pengurusan bencana termasuk agensi pengurusan bencana negara NADMA dalam sidang media sebelum penerbangan pulang ke Kuala Lumpur dari Nairobi, Kenya.
00:55NADMA turut menasihatkan orang ramai agar sentiasa mengikuti perkembangan cuaca dan paras air sungai, menyediakan keperluan asas sebagai persiapan awal,
01:03serta mengutamakan keselamatan keluarga sekiranya diarahkan berpindah.
01:07Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia, MedMalaysia sebelum ini, mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk di beberapa kawasan patai timur dan utara semenanjung sepanjang minggu ini.
Be the first to comment