Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Pengarah Pusat Pencegahan dan Kesiapsiagaan Bencana (DPPC), MJIIT UTM Kuala Lumpur, Dr. Khamarrul Azahari Razak, berkata fenomena ini menimbulkan persoalan besar tentang bagaimana dasar, polisi dan garis panduan perancangan pembangunan dilaksanakan di peringkat negeri dan pihak berkuasa tempatan.
Transcript
00:00Gelombang pembangunan pesat di beberapa negeri dan daerah di Malaysia kini mula membawa kesan yang tidak dijangka dengan penempatan kediaman baharu muncul sebagai kawasan banjir baharu.
00:12Pengarah Pusat Perjagaan dan Kesiapsiagaan Bencana, Institut Teknologi Antarabangsa Malaysia-Jepun Universiti Teknologi Malaysia UTM Kuala Lumpur, Dr. Kamarul Azhari Razak berkata,
00:22kesan ini menimbulkan persoalan besar tentang bagaimana dasar, polisi dan garis panduan perancangan pembangunan dilaksanakan di peringkat negeri dan pihak berkuasa tempatan.
00:33Ini yang kita kusar kawasan-kawasan baru yang dibuka penempatan-penempatan baru yang sebelumnya tidak banjir tetapi apabila telah dibina, dibuka kawasan penempatan baru, kawasan kediaman baru,
00:45kita lihat banyak rekod-rekod banjir baru dilaporkan melibatkan kawasan infrastruktur-infrastruktur awam baru dibina.
00:54Ini sesuatu yang perlu dielak dalam kita merangka merancang pembangunan yang lebih mampan.
01:02Kita harus juga mempertimbangkan bukan hanya risiko semasa tetapi juga risiko mendatang.
01:08secetusan impak perubahan iklim yang mungkin merubah pola perubahan setempat, ini sesuatu perlu diambil kira oleh pihak-pihak pemaju.
01:18Fakta dan data ini membawa mesej yang jelas bahawa sebahagian besar masyarakat, komuniti setempat serta sektor perniagaan perlu meningkatkan tahap kesiapsagaan dan pelaburan ke arah pencegahan.
01:28Langkah seperti penilaian risiko pelaburan dalam infrastruktur pelindungan, sistem amaran awal dan latihan kesiapsagaan tidak lagi wajar dilihat sebagai cadangan tambahan.
01:38sebaliknya semakin menghampiri keperluan wajib dari sudut keselamatan manusia dan kelangsungan ekonomi.
01:44Beliau berkata demikian dalam program Niaga Awani pada Selasa.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended