00:00Operasi evakuasi rakyat Malaysia yang berangkap di Hatnyai, Thailand disambung semula hari ini selepas cuaca agak baik di sepanjang lalu dari Danok ke Hatnyai.
00:11Operasi tersebut dijangka akan membawa pulang sejumlah 1,500 warga Malaysia.
00:15Kita bersama wakil Astro One Asri Syafil di Changlun, Kedah untuk butiran lanjut.
00:22Terima kasih rakan setugas di studio.
00:25Untuk makluman semua, kini saya berada di Hentian Rehat dan Rawat R&R FTC Touch Insurance Thailand di Changlun, Kedah.
00:35Dan dari R&R ini ke pintu sepadan ICQS Bukit Kayu Hitam jaraknya lebih kurang dalam 5km.
00:41Di belakang saya ini terdapat 12 biji bas yang sedia untuk digerakkan bagi menyambung semula operasi evakuasi rakyat Malaysia yang terperangkap di Hatnyai, Thailand.
00:55Sejak seminggu yang lalu akibat daripada banjir yang berlaku di negara jiran.
01:00Untuk makluman semua, dianggarkan kira-kira 1,500 orang yang cuba diavakuasi atau dibawa keluar oleh pasukan penyelamat ini dengan menggunakan bas yang akan bermula pada bila-bila masa dari sekarang.
01:15Yang kita sekarang ini hanya menantikan isyarat dan juga kebenaran daripada pihak berkuasa Thailand untuk dibawa masuk ke semua bas ini.
01:25Kemudian lanjut ke Hatnyai untuk kita mengambil rakyat Malaysia yang terperangkap, yang bersedia di sana dan kita bawa masuk ke balik ke Malaysia.
01:35Dan di sini juga adalah merupakan drop point terakhir.
01:39Jadi bagi keluarga yang menyambut ketibaan mereka nanti atau ingin mengambil mereka, di Changlong ini adalah drop point yang terakhir untuk mereka berjumpa dengan ahli keluarga.
01:51Untuk makluman semua, operasi penyelamat ini telah tertangguh dari semalam disebabkan oleh kenaikan aras air banjir di beberapa kawasan daripada Sadau hingga ke Hatnyai.
02:06Dimaklumkan oleh pihak berkuasa tempatan bahawa terdapat lima halangan yang tidak membolehkan sebarang kenderaan melalui jalan utama untuk ke Hatnyai.
02:16Dan Alhamdulillah daripada cuaca yang ada hari ini dan juga makluman daripada pasukan peninjau yang telah awal pergi seawal jam 9 pagi tadi,
02:25memaklumkan bahawa insyaAllah kita akan boleh membawa masuk kenderaan ini.
02:30Dan untuk pengatauan juga bahawa operasi ini akan ditamatkan sekitar jam 10 malam waktu Malaysia,
02:39bermakna bas terakhir akan keluar daripada hanya sekitar jam 9 malam waktu Thailand.
02:45dan jangkakan tiba sekitar jam 11.55 waktu Malaysia di sini.
02:52Jadi itu saja dulu laporan dari saya, Asri Syafi'i di Changlun Kedah dan saya akan bawakan juga laporan terkini dari masa-semasa untuk tatapan anda semua.
03:01Sekian dari saya di Changlun, kembali ke studio. Silakan rakan di studio.
Be the first to comment