00:00Pelaksanaan simulasi banjir di Terengganu menjadi antara langkah terpenting Kementerian Pendidikan Malaysia KPM
00:07bagi memastikan peperiksaan sijil pelajaran Malaysia SPM tahun ini dapat berjalan tanpa gangguan.
00:14Ketua Pengarah Pendidikan Dr. Muhammad Azam Ahmad berkata simulasi yang dijalankan sekitar September dan Oktober lalu itu
00:20membolehkan pihaknya mengenalpasti cabaran sebenar yang bakal dihadapi apabila banjir berlaku bertepatan dengan musim peperiksaan.
00:30Muhammad Azam memaklumkan berdasarkan perkembangan terkini yang dimaklumkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri pada pagi selasa
00:37menunjukkan SPM berjalan seperti biasa di seluruh negara.
00:41Kita adakan simulasi bagaimana untuk kita melihat cabaran-cabaran dalam musim tengkujur dan juga banjir yang berlaku nanti pada hari-hari peperiksaan.
00:52Yang kedua, kita juga sentiasa berhubung dengan Med Malaysia untuk kita dapatkan maklumat informasi-informasi berkaitan dengan cuaca dari hari ke hari.
01:08Tahun ini, seramai 413,372 calon menduduki SPM di seluruh negara.
01:14Setakat 5 petang semalam, seramai 259 calon SPM dikenalpasti terkesan banjir dan telah dipindahkan ke lokasi selamat.
01:22Mana pelajar-pelajar yang kita dah kenal pasti setiap pusat, berapa orang yang akan terkesan kalau berlakunya banjir.
01:28Jadi pelajar itu telah kita buat libat urus daripada awal dengan ibu bapa mereka dan kita pindahkan ke asrama-asrama.
01:34Jadi, kita buat urus daripada awal dan kita dah tahu dah kalau misalkan ada pusat keperiksaan itu di tengah-tengahnya ada sungai.
01:45Dan kita jangkakan memang bila musim terhujur ataupun hujan lebat, sungai itu akan banjir dan mungkin nanti akan terputus jalan.
01:54Kita dah mula dah ambil tindakan, dah fikirkan di mana kertas soalan kita nak letak.
01:58Beliau menegaskan, Kementerian juga sentiasa berhubung dengan Jabatan Meteorologi Malaysia, Med Malaysia,
02:03bagi mendapatkan maklumat terkini cuaca, bagi membolehkan lembaga peperiksaan, pejabat pendidikan negeri,
02:09dan daerah mengambil tindakan awal berasaskan ramalan dan pola hujan semasa.
Be the first to comment