Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul mengarahkan pentadbirah wilayah di selatan negara itu untuk mempercepatkan pembayaran pampasan 9,000 baht kepada semua keluarga yang terjejas banjir.
00:00Perdana Menteri Thailand, Anutin Chan Virakul mengarahkan pentadbiran wilayah di selatan negara itu untuk mempercepatkan pembayaran rampat pampasan 9,000 baht iaitu sekitar 1,100 ringgit kepada semua keluarga yang terjejas akibat banjir.
00:15Tegas beliau yang juga menteri dalam negeri, pampasan perlu diagihkan segera tanpa menunggu proses penilaian kerosakan rasmi seperti kebiasaan.
00:23Beliau memberi jaminan bahawa mangsa akan menerima pembayaran mereka dalam masa terdekat.
00:28Anutin turut mengarahkan pihak berkuasa tempatan, memantau rapi situasi banjir, menubuhkan dapur lapangan serta mendapatkan bekalan makanan untuk disediakan kepada penduduk dan pelancong yang terperangkap di hotel.
00:40Setakat ahad, situasi di lapangan terbang-antarabangsa Hadnyei berada pada tahap kritikal dengan antara 800 hingga 1,000 penumpang berisiko terkandas dalam tempoh 2 hingga 3 hari berikutan kesukaran untuk memasuki pusat bandar.
Be the first to comment