Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor dalam satu kenyataan berkata, orang ramai juga diiingatkan supaya mematuhi semua papan tanda amaran serta bendera merah yang dipasang Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), di sepanjang pantai berisiko.
Transcript
00:00Polis mengingatkan orang ramai agar tidak berkumpul atau melakukan sebarang aktiviti rekreasi di pesisi pantai pada musim Monsun Timur Laut MTL.
00:09Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, SCP Azli Muhammad Nur, dalam satu kenyataan berkata,
00:14ia susulan keadaan laut yang bergelora dan ombak besar yang melanda Terengganu beberapa hari kebelakangan ini.
00:20Katanya, antara lokasi yang sering menjadi tumpuan orang ramai ialah Pantai Batu Buruk dan Pantai Pandak di Kuala Terengganu,
00:30Pantai Seberang Takir serta Pantai Tok Jembal di Kuala Nerus.
00:35Ujar Azli, keadaan pada masa ini tidak sesuai dan amat bahaya untuk sebarang aktiviti di Tempi Patai.
00:42Selain itu, ombak besar turut membawa batu-batu, kayu-kayu serta sampah sarap yang boleh mengundar risiko kecederaan.
00:48Orang ramai juga diingatkan supaya mematuhi semua papan tanda amaran serta bendera merah yang dipasang Majlis Pandaraya Kuala Terengganu MBKT di sepanjang pantai berisiko.
01:00Tambah Azli lagi, ibu bapa juga perlu memantau pergerakan anak-anak di kawasan rendah yang mudah naiki air kerana dibimbangi berlaku kejadian lemas atau terperangkap dalam arus deras.
01:11Polis katanya akan meningkatkan rondaan di kawasan berisiko dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan orang ramai.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended