00:00Baik, pelancaran manifesto Pakatan Harapan antara yang menjadi tumpuan perjalanan pilihan raya negeri Sabah ke-17 pada Ahad.
00:08Manifesto tersebut menumpukan kepada perkara asas tetapi dilaksanakan melalui penekatan yang lebih berani dan radikal.
00:15Syaf Syukri ada laporannya. Syaf, apa yang boleh dibawakan untuk jamin ini?
00:23Baik, terima kasih Farhan. Di Bukit Jalan Farhan, seperti yang kita tahu,
00:26untuk perjalanan pilihan raya negeri Sabah ke-17, PRN ke-17 pada kali ini, beberapa parti utama telah membentangkan dan mengumumkan manifesto mereka.
00:35Seperti kita tahu, gabungan raya Sabah GRS, Perikatan Nasional, PN dan juga Barisan Nasional sebelum ini telah mengumumkan manifesto mereka
00:42dan hari ini, pada hari Ahad, Pakatan Harapan telah membentangkan manifesto mereka susulan dengan pilihan raya negeri Sabah ke-17 ini.
00:53Dan pengurusi PKR Sabah, Dato' Mustafa Sakmut berkata, manifesto bertemakan komitmen Pakatan Harapan Sabah mengandungi senarai keutamaan dengan tujuh agenda
01:03untuk memastikan raya Sabah menikmati kemajuan yang sewajarnya.
01:08Seterusnya juga, Mustafa berkata, senarai keutamaan manifesto itu mengandungi 10 perkara yang akan didanai oleh pemulangan 40% hasil Sabah
01:19dan komitmen itu diterjemahkan melalui penyusunan 10 keutamaan termasuk keperluan menyelesaikan masalah infrastruktur seperti air, elektrik, jalan raya
01:29selain menambah baik pendidikan, kebajikan rakyat dan memacu ekonomi negeri.
01:34Dan laporan penuh anda boleh dapatkan di astroawani.com
01:38Dan seterusnya, antara lain juga untuk hari ini, SPR nafi tuduhan pemantauan luar biasa terhadap calon mungkin boleh saya kongsi,
01:46bacakan sedikit di sini di astroawani.com di mana pasukan penguatkuasa kempen pilihan raya PPKPR
01:52ditubuhkan oleh suruhan jaya pilihan raya SPR tidak memberi tumpuan khusus atau menyasarkan mana-mana parti
01:58mahupun pihak-pihak tertentu dan itu menurut situsa SPR, Datuk Hairul Syahril Idrus.
02:04Dan katanya, aduan pengawasan luar biasa terhadap calon atau parti tertentu sepanjang kempen pilihan raya negeri Sabah ke-17 adalah tidak benar
02:13dan itu antara intipati laporan tersebut boleh anda dapatkan di astroawani.com
02:18Dan seterusnya, Farhan, untuk perjalanan hari ini, saya telah membuat tinjauan di sebuah kampung di bawah Dun Silam.
02:26Kita nak melihat dan memahami sendiri isu banjir yang didepani oleh penduduk kampung tersebut
02:31di mana pada Februari yang lalu, Farhan, kita di Astroawani juga ada membawa laporan susulan daripada kejadian banjir yang menimpa penduduk kampung tersebut
02:40dan kita sudah mendapatkan penjelasan daripada penduduk kampung yang mereka mengatakan bahawa
02:44jika sebelum ini fenomena banjir hanya berlaku sekiranya berlaku musim tengkujuh
02:48namun keadaan ketika ini sudah berubah apabila hujan lebat boleh menyebabkan keadaan sama berlaku.
02:54Dan antara ketakutan lain yang didepani oleh penduduk kampung ialah sudah tentunya masalah banjir itu membawa kepada satu isu lain
03:03di mana ada buaya yang juga berkeliaran di kesan sepanjang berlaku bencana banjir tersebut
03:10dan itu yang berlaku di kampung Sepagaya di Lahat Datu dan pastinya laporan penuh mengenai laporan tersebut
03:17akan saya kongsikan di astroawani.com. Kita juga nak mendapatkan juga respon daripada calon-calon yang bertanding
03:23untuk Dun Silam, 9 calon kesemuanya untuk ini berkenaan dengan isu tersebut dan beberapa isu tempatan yang lain, Farhan.
03:29Ya, Syaf itu untuk hari ini. Bagaimana pula untuk perjalanan Syaf pada hari esok dan saya difahamkan
03:35berbaki satu hari lagi sebelum kita memasuki hari undi awal itu pada 25 November.
03:39Mungkin Syaf boleh berikan juga gambaran bagaimana momentum kempen yang Syaf lihat sepanjang tempoh kempen berlangsung.
03:51Baik Farhan, sudah tentunya seperti saya sebutkan beberapa kali sebelum ini, tumpuan kami,
03:56tim astroawani berada di lapangan bukan sahaja memfokuskan kepada calon, bukan sahaja memfokuskan kepada parti,
04:04bukan sahaja memfokuskan kepada berapa penjuru sesuatu Dun itu kita akan saksikan pertandingan untuk pilihan raya negeri Sabah ini.
04:10Kita juga akan memfokuskan kepada cerita rakyat, kepada inspirasi rakyat.
04:14Apa yang mereka mahukan untuk pilihan raya ini, apa bentuk pemimpin yang bagaimana mereka dambakan
04:20untuk mewakili mereka di Dewan Undangan Negeri Sabah, Dun Sabah.
04:24Dan pastinya kita esok akan membuat pemantauan ataupun kita akan berada di sekitar kawasan Dun Segama dan juga Dun Tunku
04:33untuk melihat sendiri keadaan penduduk di sana dan memahami apa isu yang di depan mereka.
04:37Dan itu akan saya kongsikan di astroawani.com kemudian.
04:40Dan seterusnya Farhan, kalau melihat kepada pergerakan kempen ketika ini, kempen berjalan dengan begitu,
04:45inilah suasana pilihan raya kalau saya nak katakan Farhan.
04:48Inilah bentuk kempen yang berlangsung.
04:51Kalau kita berada di mana-mana perkampungan atau berada di kawasan bandar lahat datu ini sendiri,
04:56kumpulan parti-parti tertentu akan mengadakan kempen mereka dan juga ada yang memilih untuk berada di kawasan-kawasan kampung tertentu.
05:05Jadi sudah semestinya untuk memberitahu kepada pengundi apa yang boleh mereka tawarkan dan apa bentuk kepimpinan yang akan berlaku
05:14sekiranya mandat diberikan kepada mereka selepas pilihan raya nanti Farhan.
05:18Dan saya rasa rakan-rakan tugas yang lain akan terus membawakan laporan-laporan terkini juga.
05:23Kita akan melihat sebelum kita menuju ke hari pengundian awal yang akan berlangsung pada dua hari lagi Farhan.
05:30Seperti Farhan sebutkan tadi, pastinya banyak lagi laporan-laporan dan kisah rakyat akan terus kami kongsikan.
05:34kerana untuk pilihan raya kali ini, lebih 1.7 juta pengundi berdaftar dan pastinya banyak suara-suara dan aspirasi-aspirasi
05:43yang ingin dikongsikan bersama kita khususnya penonton Setiai Sarawani dan itu yang akan kami fokuskan,
05:49itu yang akan kami tumpukan menjelang pilihan raya negeri Sabah ke-17, PRN ke-17 pada 29 November nanti Farhan.
Be the first to comment