Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Kerugian ekonomi akibat banjir diperkirakan mencecah VND9.035 trilion.
Transcript
00:00Sekurang-kurangnya 102 orang dilaporkan maut atau hilang susulan banjir berterusan yang melanda kawasan tengah dan wilayah tanah tinggi tengah Vietnam.
00:08Laporan daripada Jabatan Pengurusan Bencana dan Pengurusan Daik Vietnam VDDMA pada ahad menunjukkan 90 kematian disahkan dan 12 orang masih hilang.
00:20Angka berkenaan menyaksikan peningkatan ketara berbanding 24 jam sebelumnya.
00:24Pada Sabtu, 55 kematian dan 13 orang hilang direkodkan.
00:28Wilayah Daak Laak merekodkan jumlah korban tertinggi dengan 63 kematian dan 8 orang hilang.
00:35Kan Hua pula melaporkan 14 kematian dan 2 individu hilang manakala Lam Dong mencatat 5 kematian.
00:42Beberapa kawasan lain yang mencatatkan kematian akibat banjir termasuk Kuang Tri, Tuatian Hue, Danang dan Gyalai.
00:49Kerugian ekonomi awal dianggarkan berjumlah 9.035 triliun dong atau hampir 343 juta dolar Amerika.
00:57Pihak berkuasa menjangkakan jumlah itu akan meningkat apabila penilaian diteruskan selepas banji surut.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended