“Kami memang dah tunggu sejak awal pagi. Bila bomba beri isyarat laluan boleh lepas, kami terus keluar, kalau tunggu lagi, bimbang hujan makin lebat.”
Itu kata-kata mangsa banjir warga Malaysia, Amir Ibrahim, 40, yang terperangkap selama tiga hari dua malam di sebuah hotel di Hatyai, Thailand susulan bencana banjir besar yang melanda wilayah itu sejak Jumaat lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Menurutnya, sepanjang tempoh itu mereka berdepan pelbagai kekangan termasuk gangguan bekalan elektrik dan air, selain akses makanan yang semakin terhad.
Be the first to comment