Afrika Selatan tidak akan secara simbolik menyerahkan kerusi pengerusi bergilir Kumpulan 20 (G20) kepada Amerika Syarikat (AS) pada Ahad, kata jurucakap Presiden Cyril Ramaphosa semasa sidang kemuncak G20.
00:00Bertemu kembali, Afrika Selatan tidak akan secara simbolik menyerahkan kerusi pengerusi bergileh kumpulan G20 kepada Amerika Syarikat pada ahad.
00:09Perkara ini dimaklumkan oleh Jurucakap Presiden Cyril Ramaphosa ketika sidang kemuncak G20 berlangsung di Johannesburg.
00:17Mengikut protokol biasa, tuan rumah yang menamatkan tugas secara rasmi akan menyerahkan kerusi pengerusi di akhir sidang kemuncak kepada pemegang kepimpinan seterusnya.
00:26Namun, Washington bertindak memboykot sidang kemuncak G20 pertama yang pernah diadakan di benua Afrika.
00:33Presiden Amerika Syarikat Donald Trump meluduh Afrika Selatan melakukan diskriminasi terhadap golongan minoriti kulit putih khususnya keturunan peneroka Belanda iaitu Afrikanah.
00:43Afrika Selatan menolak dakwaan itu sebagai tidak berasas manakala pakar hak asasi turut menyifatkan tuduhan itu tidak wajar.
00:51Disebabkan boykot ini, Amerika tidak mengambil bahagian dalam sebarang perbincangan sidang kemuncak.
00:56Menurut jurucakap Presiden Vincent Maguenya, Amerika merancang menghantar wakil kedutaan kesidang kemuncak hanya untuk upecara penyerahan pada ahad.
01:05Tetapi tindakan itu tidak dapat diterima oleh Afrika Selatan.
01:09Menteri Luar Afrika Selatan Ronald Lamola memaklumkan penyerahan itu akan berlangsung pada minggu depan di Ibu Negara Pretoria dengan penyertaan Ketua Kedutaan Amerika.
01:18Afrika Selatan menjadi tuan rumah mesyuarat dua hari di Hub Komersial Johannesburg.
01:22Sidang kemuncak tahun depan dijadualkan berlangsung di Miami.
Be the first to comment