Verdon yang bertanding atas tiket Bebas menjangkakan dalam tempoh dua tahun pertama, sebahagian projek yang telah dirancang dapat dimulakan, sekali gus memberi ruang kepada pertumbuhan peluang perniagaan dan pekerjaan.
00:00Sementara itu, pembangunan ekonomi dan penyelesaian isu asas rakyat menjadi antara agenda utama Dato' Verdon Bahanda sekiranya diberi mandat sebagai adun Tanjung Kapu dalam PRN Sabah akan datang.
00:11Ahli Parlimen Kudat itu berkata Tanjung Kapu merupakan antara daerah termiskin di Malaysia, justru pembangunan infrastruktur asas serta pembukaan peluang ekonomi menjadi keutamaannya.
00:20Menurut Verdon, antara usaha yang telah diketengahkan ialah cadangan membuka semula pelabuhan Kudat bagi menggerakkan aktiviti perdagangan dan membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.
00:33Beliau turut memaklumkan cadangan mewujudkan Taman Perindustrian Baharu di Kudat yang dibawa kepada Kerajaan Sabah tahun lalu telah menerima kelulusan kabinet sebelum ini.
00:43Satu taman perindustrian yang baru itu telah diluluskan di peringkat kabinet pada kerajaan yang lepas dan saya harap supaya kehadiran saya, kemenangan saya itu nanti di Tanjung Kapur ini akan memperkukuhkan gerakan untuk mempercepatkan semua perancangan-perancangan yang boleh menaikkan ekonomi,
01:05transformasi ekonomi secara besar-besaran di Kudat ini ataupun di Duntanjung Kapur ini berlaku dalam pemerintahan saya ataupun dalam pentadbiran saya.
01:19Verdon yang bertanding atas tiket bebas menjangkakan dalam tempoh dua tahun pertama, sebagian projek yang telah dirancang dapat dimulakan sekaligus memberi ruang kepada pertumbuhan peluang perniagaan dan pekerjaan.
01:31Dalam masa sama beliau menegaskan pembangunan belia turut menjadi fokus utama memandangkan 60 hingga 70% golongan muda di kawasan itu terpaksa berhijrah ke Semenanjung dan luar negara untuk mencari pekerjaan.
01:46Usaha memperkukuhkan organisasi belia juga dilaksanakan lebih awal melalui penubuhan sekitar 20 kelab belia sejak tahun lalu membolehkan golongan itu menerima pelbagai geran dan bantuan kerajaan.
01:58Dalam PRN Sabah ke-17, Verdon yang menggerakkan gelombang hitam berdepan saingan 11 penjuru.
Be the first to comment