00:00Baik sidang kemuncak pemimpin kumpulan 20 atau G20 bermula hari ini di Johannesburg, Afrika Selatan.
00:07Pendana Menteri Dato' Seriano Ibrahim dicadwalkan untuk memberi intervensi pada sesi pagi tadi dan bagi perinciannya, dia terus saja bersama rakan setugas Hafiz Marzuki.
00:16Baiklah, Pendana Menteri Dato' Seriano Ibrahim di sidang kemuncak pemimpin G20 di Johannesburg, Afrika Selatan pada pagi tadi telah menyentuh tentang beberapa cabaran global seperti kejutan dari tarif, tekanan kepada rantaian bekalan ataupun supply chain dan juga sudah pasti perkara-perkara lain yang membelenggu dunia ketika ini.
00:41Dan dalam sesi intervensi beliau, Pendana Menteri Dato' Seriano Ibrahim ada memberikan cadangan ataupun pemerhatian tentang bagaimana dunia harus bergerak dalam mendepani cabaran ini.
00:53Antaranya sudah pasti adalah untuk memperkasakan belia kerana kita lihat cabaran melalui teknologi yang semakin pesat seperti kepintaran buatan ataupun kecadasan buatan atau AI ini bakal mengubah landscape pasaran buruh.
01:08Dan ini sudah pasti akan mengganggu ataupun memberi kesan kepada golongan muda yang baru sahaja memasuki kepada pasaran pekerjaan.
01:18Dan selain itu juga beliau juga turut menyentuh bahawa jika tiada pelaburan signifikan, sukar untuk negara mendepani cabaran-cabaran sebegini.
01:28Dan ini adalah apa yang telah dinyatakan beliau dalam sesi intervensi pada sesi pagi di Sidang Kemuncak G20 ini.
01:36Seperti mana kita tahu ini merupakan hari pertama sesi Sidang Kemuncak G20.
01:42Pada sebelah petang, Dato' Seriano Ibrahim juga dijadualkan untuk memberi sesi intervensi berkenaan dengan iklim dan juga peralihan tenaga.
01:49Itu akan dikongsikan dalam laporan seterusnya.
01:54Dan selepas sesi intervensi tersebut, beliau juga dijadualkan untuk menghadiri sesi makan malam pemimpin di G20 ini
02:03yang akan dihostkan oleh Presiden Afrika Selatan sendiri iaitu Siril Ramaphosa.
02:08Dan itu merupakan hari ketiga lawatan kerja beliau di Afrika Selatan ini.
02:14Esok, sudah pasti hari kedua Sidang Kemuncak, pemimpin G20 dan seterusnya beliau akan berlepas ke Nairobi, Kenya
02:22untuk meneruskan lawatan rasmi beliau di negara tersebut.
02:26Sekian saja daripada saya. Kembali bersama rakan tugas di studio.
Be the first to comment