Skip to playerSkip to main content
  • 16 minutes ago
Presiden Persatuan Hotel Hatyai-Songkhla Dr Sitthipong Sitthiprapha berkata pihaknya dimaklumkan terdapat kira-kira 4,000 pelancong Malaysia terkandas di hotel-hotel sekitar Songkhla akibat jalan raya yang dinaiki air.
Transcript
00:00Sementara itu, kira-kira 4,000 pelancong Malaysia terkandas di hotel-hotel di sekitar Songkla akibat jalan raya yang dinaiki air.
00:10Menurut Presiden Persatuan Hotel Hak Nyai Songkla, Siti Pong Siti Prapa, mangsa terdiri daripada kumpulan yang ingin pulang ke Malaysia melalui Sadau.
00:20Tetapi jalan utama dari Hak Nyai ke Sadau terputus kerana banjir serta kumpulan yang terkandas di hotel akibat pekan Hak Nyai yang dinaiki air.
00:33Siti Pong berkata, pihak berkuasa tempatan telah mengambil langkah segera dengan menyediakan makanan dan bot bagi memidahkan mereka yang terkandas ke kawasan yang lebih selamat.
00:43Beliau berkata, jumlah kenderaan milik pelancong Malaysia yang ditenggelami air masih belum dapat dipastikan namun setakat ini, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
00:55Selain itu, hujan yang berterusan sejak isteri lepas telah menyebabkan 8 wilayah selatan Thailand di landa banjir memaksa hampir 124,000 tiga keluarga berpindah ke kawasan yang lebih selamat.
01:07Dalam pada itu, Konsul General Malaysia di Songkla pada Sabtu menasihatkan rakyat Malaysia supaya menangguhkan perjalanan ke wilayah selatan Thailand susulan bercanda banjir yang melanda kawasan itu.
01:19Konsul General Malaysia di Songkla, Ahmad Fahmi Ahmad Sakawi dalam satu kenyataan berkata, kebanyakan wilayah di selatan Thailand kini dilanda banjir berikutan hujan lebat berterusan.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended