00:00Seorang pemimpin Gabungan Rakyat Sabah atau GRS menepis dawaan berulang kali Bung Muhtaradin bahawa gabungan itu kerajaan gagal,
00:09sebaliknya menyatakan bekas timbalan Ketua Menteri itu sendiri sebenarnya paling gagal sepanjang tempohnya di Kementerian Kerja Raya Negeri.
00:18Armizam Muhammad Ali berkata, Bung yang digugurkan daripada Kabinet Haji J. Nur,
00:23susulan rampasan kuasa yang gagal pada 2023 terbukti tidak mampu menyelesaikan masalah air sabah
00:30atau melancarkan sebarang projek utama bagi memastikan bekalan air konsisten di kawasan seperti Tawau.
00:38Malah katanya, pembinaan loji rawatan air Cinta Mata 2 dan kerja menaik taraf di loji rawatan air kegupan di Papar
00:45hanya dimulakan selepas Bung tidak lagi berada dalam kerajaan negeri.
00:49Armizam berkata, tidak adil juga bagi Bung menyalahkan GRS atas gangguan bekalan elektrik
00:56memandangkan kerajaan persekutuan melalui tenaga nasional berhad
01:00memegang kepentingan majoriti dalam Sabah Electricity Sendan Berhad,
01:04satu-satunya syarikat utiliti di Sabah dan Labuan.
01:09Beliau berkata serangan terbaru Bung ke atas GRS mungkin disebabkan kurangnya faktor X
01:14dalam kalangan calon barisan nasional dan menasihatinya membaca manifesto GRS
01:20di mana gabungan itu telah menyenaraikan pencapaiannya.
Comments